Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

Boost Juice Bars What's Your Name Game

Tiap-tiap bulan Oktober, Boost Juice Bars akan mengadakan satu permainan nama iaitu WHAT'S YOUR NAME GAME.  Game ini mudah saja, cuma perlu daftar nama anda ke website Boost Juice Bars lepas tu akan dapat token RM1 OFF untuk pembelian. Cara-caranya: 1. Pergi ke laman web https://whatsyournamegame.boostjuicebars.com.my/ 2. Daftar nama anda untuk berpeluang mendapatkan BOOST PERCUMA. Tekan ADD ME. Daftar nama dulu 3. Isikan nama anda dan tekan next. 4. Selepas isi nama, anda akan dibawa ke page sama ada nak register guna nama akaun Facebook atau pon register e-mail. 5. Anda akan dibawa ke page ini lepas isi jika pilihan anda nak register guna e-mail. 6. Lepas isi anda akan dapat potongan RM1 untuk pembelian BOOST seterusnya.  Dan jangan lupa follow Facebook untuk mendapatkan perkembangan nama naik ke tidak. Kalau itu hari register guna e-mail, pihak Boost Juice Bars akan menghantar e-mail untuk makluman anda. 

Resepi Kek Butter Marble Formula 4211

Dah lama tak buat coretan di sini. Baca coretan okay, bukan carutan. HAHAHA. Last post perihal pergi Universal Studios Singapore. Sampai ke sudah tak share tips kan? Maafkanlah. Lepas ni okay? Uols just wait. Okaylah. Coretan hari ini nak share resepi kek butter paling mudah. Ye benar buat kek butter ni senang je sebab kita akan menggunakan formula 4-2-1-1.  Ini adalah bahan-bahannya: 4 biji telur 2 cawan tepung gandum 1 cawan marjerin / butter 1 cawan gula 1 tsp esen vanilla 1 tsp serbuk penaik Kalau nak tahu, formula 4211 tu adalah bahan penting untuk menyediakan kek butter ni.  Bahan opsyenel dekat sini 2 je. Esen vanilla dengan serbuk penaik. Kita guna esen vanilla sebab nak bagi hilangkan hanyir telur. Serbuk penaik pula kita gunakan untuk menjadikan kek kembang, lembut dan gebu. Misal kata dekat rumah tak de esen vanilla, tak de serbuk penaik it's okay. Tak de bahan ini, kek tetap jadi.  Marjerin yang Hamizah guna dalam kek butter ni ialah Cap P

Persediaan Untuk Pergi Ke Universal Studios Singapore

Dah lama rasanya tak rasa sesuatu yang thrill. Rindu juga nak pergi Hong Kong Disneyland sebab best sangat! Tapi dah pergi, tak kan nak pergi lagi??? Tunggu ada children nantilah baru pergi. Dalam hati rasa nak bercuti, Hamizah pon bagilah tahu Encik Suami keinginan tu. My husband kan my fairy!  Encik Suami suggest pergi USS, sebab Hamizah belum pernah pergi lagi. Hamizah pon Google lah apa yang menarik dekat USS by YouTube sebab ramai yang share Vlog mereka. Sememangnya semua Vlog yang orang share dekat YouTube tu memang best! Terasa diri sendiri yang pergi ke sana. Tapi kan, sebelum ni ada plan dengan Maira nak ke USS time Halloween. Lambat sangat pula nak tunggunya... Kita plan lainlah Maira. Pergi Hatyai ok tak Maira??? *wink wink* Ok, now here comes the planning part. Berikut merupakan preparation kami untuk ke USS: Pilih tarikh Tarikh ni kami pilih hari bekerja sebab kalau ikut review orang yang pernah ke sana, weekend memang sesak. Nak makan sesak, nak

Fungsi Penutup Lubang Kecil Pada Glade Scented Gel

glade scented gel fresh lemon Selalunyakan, kau orang kalau guna scented gel seperti di atas ni kau orang guna macam mana??? A. koyakkan barisan dibawah seperti tertera B. buka penutup di atas pek Hamizah selalunya guna cara A. Koyakkan garisan baris putus-putus tu dan angkatkan penutup ke atas. Hari ini ada terbaca di Facebook yang orang ada share cara guna Glade Scented Gel tu dengan cara paling jimat pewangi tahan lebih sebulan. Kata dia... Macam ini caranya. Dia orang buka penutup atas tu. Perasan tak dekat atas pek tu ada bulatan? Perasan! Tapi bila tengok, Hamizah sendiri pon tak pasti apa fungsi benda tu sebenarnya.  Penutup bulat yang berada atas pek.  Hamizah buka guna pisau nak tarik penutup atas tu. Penutup atas siap dibuka! Begitulah cara yang telah dikongsikan oleh kuasa viral media sosial. Kalau ikut arahan pada label, memang sekali buka semerbak baunya. Tapi itulah, cepat habis guna cara tu. Kalau buka dari atas ni, baunya seper

Perancis Menjuarai Piala Dunia 2018

Perancis lwn Croatia Ahad, 15 Julai 2018 berlangsungnya perlawanan akhir piala dunia di antara Perancis menentang Croatia. Keputusan berpihak kepada Perancis selepas mereka menewaskan Croatia 4-2 dalam final dramatik dan kontroversi di Stadium Luzhniki. Salam 4 - 2 Ini merupakan kemenangan kedua dalam sejarah mereka kemenangan Piala Dunia dalam tempoh 20 tahun sejak kali pertama berjaya berbuat demikian pada 1998. Skuad bimbingan Didier Deschamps mendapat gol sendiri pada minit ke-18 oleh Mario Mandkuzic namun Ivan Perisic bertindak menyamakan kedudukan untuk Croatia 10 minit kemudian. Tidak senang dengan aksi pihak lawan, Antoine Griezmann bertindak membawa Perancis di hadapan sebelum rehat menerusi sepakan penalti pada minit ke-38 disusuli Paul Pogba, kemudiannya Kylian Mbappe terus meletakkan Les Blues berada pada laluan kemenangan pada minit ke-59 dan 65. Croatia yang enggan mengalah dengan Mandkuzic terus mengasak kubu Perancis dengan menjaringkan gol pada m

Review Cadbury Dairy Milk In Lickables Dari Seorang Hamizah

Sebelum ini, saya ada dapati di Instagram yang beberapa anak-anak selebriti popular ada ke satu event promosi Cadbury Lickables. FYI, Cadbury Dairy Milk Malaysia ada mengeluarkan satu produk terbaharu di pasaran Malaysia iaitu Cadbury Dairy Milk in Lickables. Yang bestnya, coklat ini didatangkan sekali dengan mainan percuma! Hamizah ada beli satu untuk rasa Oh ye, produk ini diimport dari India dan mendapat pengesahan halal pihak berkuasa di sana. Tertulis di situ produk dari India dan disahkan halal Dan yang bestnya, Lickables ini didatangkan sekali dengan mainan misteri! Toy Inside Nak tahu dapat mainan apa? Buat masa ini, kedai 7-Eleven di Malaysia telah bekerjasama dengan Cadbury Dairy Milk untuk kempen Pokemon khas.  sumber Iklan dari sumber Facebook Cadbury Malaysia Sekarang kita nak bagi tahu rasa dia macam mana. Sebelum buka, dia ada pesan yang ianya dibuat dengan penuh kasih sayang! Made With Love & Care Ini rupa packaging Lick

Produk Alrawda Ada Jual Dekat Alamanda Putrajaya

Ni nak cerita. Ahad hari tu pergi jalan-jalan Alamanda. Kebetulan masa jalan-jalan tu, ternampak ada satu sejadah ni seperti sejadah yang Maira pernah upload dekat Instagram. Datang dekat kiosk tu nampaklah yang dia menjual produk Alrawda. Sejadah yang pernah dilihat di Instagram Maira Wah, macam sama je yang Maira pernah upload dekat Instagram! Tengoklah koleksi sejadah dia kalau-kalau kau pon nak satu. Bandingkan harga kami katanya. Apa-apa hal boleh call. Hamizah pon tanyalah ada ke jual minyak wangi. Penjaga kiosk tu pon tunjuklah koleksi perfume yang ada. Hamizah tanya lagi, mana 1 yang bau seperti di Raudhah Masjid Nabawi? Dia pon calitlah salah satu botol perfume tu ke Hamizah. Terkejut rasanya! Bau perfume tu sebiji bau di Raudhah Masjid Nabawi seperti yang dikatakan Maira sebelum ini. Teringat pula Maira pernah berpesan, kalau ada orang nak buat umrah dia nak kirim perfume tu. Pernah cari dekat Arabian Oud sebelum ini kalau dia ada jual perfume tu. T

Resepi Nasi Minyak Paling Mudah

Hari ini Hamizah nak share resepi nasi minyak bagi sesiapa yang teringin makan nasi minyak. Dulu masa buat ni pon masa bulan puasa. Yelah kan, bulan puasa mana ada orang nak kahwin.  Nak ubati perasaan nak makan nasi minyak tu kita pon belilah bahan nak membuatnya.  Setakat teringin tapi tak ada apa-apa tindakan tak pergi mana selera tu. Ini bahan-bahan untuk nasi minyak Sini Hamizah listkan bahan-bahan untuk buat nasi minyak (cukup 3 - 4 orang makan). Macam biasa, kalau Hamizah masak tak de sukatan spesifik. Kita nak masak ni kena yakin! 3 pot beras basmathi. santan 1 cawan (sama sukatan dengan 1 pot beras) 3 sudu besar minyak sapi  1 biji bawang besar hiris halus 3 ulas bawang putih hiris halus kayu manis bunga lawang buah pelaga 3 sudu garam halus kismis gajus Cara-cara: Panaskan minyak sapi di dalam rice cooker. Cukup je panas masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga. Tumis sampai naik bau. Lepas tu masukkan bawang besar dulu baru b

Berbuka Puasa di The Resort Cafe, Sunway Resort Hotel & Spa

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Semoga pembaca sihat hendaknya. Hari ini Hamizah nak throwback pasal aktiviti berbuka di The Resort Cafe, Sunway Resort Hotel & Spa.  Kalau ikutkan kehendak sendiri, berkira-kira juga nak makan di tempat mewah sebegini. Ye lah, harga makan buffet je pon dah bersamaan satu troli penuh untuk stok makanan sebulan. Kalau gaji Hamizah ni RM10k per month, semua tu tak de hal!  Tujuan utama berada di The Resort Cafe ini adalah disebabkan memenuhi undangan berbuka puasa oleh sub-con Alphawave Engineering (M) Sdn. Bhd. Bagi yang belum tahu, Alphawave adalah sebuah syarikat sub-con telekomunikasi. Kalau nak cari kerja bolehlah Google profile company ini terlebih dahulu.  Kalau ikutkan, ini merupakan kali kedua Alphawave buat majlis berbuka puasa di The Resort Cafe. Tahun sebelum ini mereka buat di Hotel Istana. Best juga makan di Hotel Istana. Ada bermacam-macam lauk kampung. Masuk hotel terus letopppsss lauk kampung tu. 😆 Mungkin tahun ini