Skip to main content

Resepi Kek Butter Marble Formula 4211

Dah lama tak buat coretan di sini. Baca coretan okay, bukan carutan. HAHAHA.

Last post perihal pergi Universal Studios Singapore. Sampai ke sudah tak share tips kan? Maafkanlah. Lepas ni okay? Uols just wait.

Okaylah. Coretan hari ini nak share resepi kek butter paling mudah. Ye benar buat kek butter ni senang je sebab kita akan menggunakan formula 4-2-1-1. 

Ini adalah bahan-bahannya:
  • 4 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan marjerin / butter
  • 1 cawan gula
  • 1 tsp esen vanilla
  • 1 tsp serbuk penaik
Kalau nak tahu, formula 4211 tu adalah bahan penting untuk menyediakan kek butter ni. 

Bahan opsyenel dekat sini 2 je. Esen vanilla dengan serbuk penaik. Kita guna esen vanilla sebab nak bagi hilangkan hanyir telur. Serbuk penaik pula kita gunakan untuk menjadikan kek kembang, lembut dan gebu. Misal kata dekat rumah tak de esen vanilla, tak de serbuk penaik it's okay. Tak de bahan ini, kek tetap jadi. 

Marjerin yang Hamizah guna dalam kek butter ni ialah Cap Pelangi. Brand ni wangi lemak-lemak je baunya. Murah pulak tu. Kalau kaya belilah brand Planta ke Daisy ke Naturel ke. 

Dah nama kek butter tapi kenapa guna marjerin? Ni resepi kampung-kampung je awak. Ada bajet lebih boleh guna butter. Nak lagi sedap guna pure butter. Sukatannya tetap maintain 1 cawan. 

Tepung gandum paling best untuk baking ni Hamizah suggest guna tepung gandum Bakers Choice. Teksturnya ringan. Lepas tu tak payah nak ayak dah. Kalau guna tepung gandum biasa, Hamizah cadangkan baiklah sangai dulu tepung tu atas api dan ayak. Bagi dia ringan dan tak berat masa nak mengadun nanti.

Kalau tak de soalan, kita beralih pula ke cara penyediaan.

Cara penyediaan:

  1. Mula-mula kita masukkan marjerin dan gula ke dalam mixer dan kacau sehingga ianya kembang (warna putih).
  2. Kemudian, masukkan telur satu per satu ke dalam adunan marjerin dan gula yang telah kembang tadi. Setelah masukkan kesemua telur, masukkan esen vanilla. 
  3. Nampak je campuran telur tadi dah bertambah kembang, masukkan tepung sikit sikit sampai habis.
  4. Bila dah semua bahan dicampurkan dan adunan pon semakin kembang, mixer pon dah pusing habis, maka kita boleh bakar kek tu dalam oven dengan suhu 150 degree celcius selama 30-40minit.
Ini dia adunan kek yang telah kembang.
Kita terjumpa serbuk koko. Makanya kita nak buat marble-marble.
Kek butter cum marble
Ada lebihan sikit kita bubuh dalam paper cup
Kek kita yang dah siap dibakar

OKlah. Kek pon dah siap. Kita nak makan. Bye!




Comments

Popular posts from this blog

Fungsi Penutup Lubang Kecil Pada Glade Scented Gel

glade scented gel fresh lemon Selalunyakan, kau orang kalau guna scented gel seperti di atas ni kau orang guna macam mana??? A. koyakkan barisan dibawah seperti tertera B. buka penutup di atas pek Hamizah selalunya guna cara A. Koyakkan garisan baris putus-putus tu dan angkatkan penutup ke atas. Hari ini ada terbaca di Facebook yang orang ada share cara guna Glade Scented Gel tu dengan cara paling jimat pewangi tahan lebih sebulan. Kata dia... Macam ini caranya. Dia orang buka penutup atas tu. Perasan tak dekat atas pek tu ada bulatan? Perasan! Tapi bila tengok, Hamizah sendiri pon tak pasti apa fungsi benda tu sebenarnya.  Penutup bulat yang berada atas pek.  Hamizah buka guna pisau nak tarik penutup atas tu. Penutup atas siap dibuka! Begitulah cara yang telah dikongsikan oleh kuasa viral media sosial. Kalau ikut arahan pada label, memang sekali buka semerbak baunya. Tapi itulah, cepat habis guna cara tu. Kalau buka dari atas ni, bau...

Produk Alrawda Ada Jual Dekat Alamanda Putrajaya

Ni nak cerita. Ahad hari tu pergi jalan-jalan Alamanda. Kebetulan masa jalan-jalan tu, ternampak ada satu sejadah ni seperti sejadah yang Maira pernah upload dekat Instagram. Datang dekat kiosk tu nampaklah yang dia menjual produk Alrawda. Sejadah yang pernah dilihat di Instagram Maira Wah, macam sama je yang Maira pernah upload dekat Instagram! Tengoklah koleksi sejadah dia kalau-kalau kau pon nak satu. Bandingkan harga kami katanya. Apa-apa hal boleh call. Hamizah pon tanyalah ada ke jual minyak wangi. Penjaga kiosk tu pon tunjuklah koleksi perfume yang ada. Hamizah tanya lagi, mana 1 yang bau seperti di Raudhah Masjid Nabawi? Dia pon calitlah salah satu botol perfume tu ke Hamizah. Terkejut rasanya! Bau perfume tu sebiji bau di Raudhah Masjid Nabawi seperti yang dikatakan Maira sebelum ini. Teringat pula Maira pernah berpesan, kalau ada orang nak buat umrah dia nak kirim perfume tu. Pernah cari dekat Arabian Oud sebelum ini kalau dia ada jual perfume tu. T...

Aplikasi Belajar Main Piano Terbaik 2020

Hai semua! Apa khabar? Semoga semuanya sihat dan berbahagia.  Pos kali ini, saya ingin berkongsi aplikasi bermanfaat bagi mereka yang ingin belajar bermain piano.  Saya akan bagi review tiga aplikasi sahaja, iaitu, Simply Piano, Flowkey & Skoove. Kita mulakan review mengenai Simply Piano terlebih dahulu. Logo Simply Piano yang terdapat di telefon pintar Simply Piano adalah aplikasi belajar bermain piano yang dibangunkan oleh JoyTunes. Aplikasi ini sangat popular dan telah banyak memenangi anugerah seperti Apple's Editor's Choice Award dan Best App daripada Google Play. Mana tidaknya, aplikasi mereka banyak digunakan oleh beribu pengajar piano di serata dunia dan telah mengajar banyak lagu di aplikasi mereka setiap minggu. Matlamat Simply Piano adalah untuk membina aplikasi pendidikan yang menghiburkan untuk belajar bermain piano dengan pantas dan mudah. Simply Piano mengajar menggunakan video interaktif, mengukur kemajuan pelajaran berbentuk format permainan sama seperti a...