Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020

Aplikasi Belajar Main Piano Terbaik 2020

Hai semua! Apa khabar? Semoga semuanya sihat dan berbahagia.  Pos kali ini, saya ingin berkongsi aplikasi bermanfaat bagi mereka yang ingin belajar bermain piano.  Saya akan bagi review tiga aplikasi sahaja, iaitu, Simply Piano, Flowkey & Skoove. Kita mulakan review mengenai Simply Piano terlebih dahulu. Logo Simply Piano yang terdapat di telefon pintar Simply Piano adalah aplikasi belajar bermain piano yang dibangunkan oleh JoyTunes. Aplikasi ini sangat popular dan telah banyak memenangi anugerah seperti Apple's Editor's Choice Award dan Best App daripada Google Play. Mana tidaknya, aplikasi mereka banyak digunakan oleh beribu pengajar piano di serata dunia dan telah mengajar banyak lagu di aplikasi mereka setiap minggu. Matlamat Simply Piano adalah untuk membina aplikasi pendidikan yang menghiburkan untuk belajar bermain piano dengan pantas dan mudah. Simply Piano mengajar menggunakan video interaktif, mengukur kemajuan pelajaran berbentuk format permainan sama seperti ap