Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2021

Mencuba melabur dengan Wahed Invest buat pertama kali (Bahagian 1)

Assalamualaikum semua. Hari ini adalah hari saya ingin kongsikan pengalaman saya memulakan pelaburan dengan Wahed Invest.  Masa mula-mula saya dengar Wahed Invest ni, saya sekadar tahu ianya merupakan pelaburan patuh syariah dari luar negara yang bertapak di Amerika Syarikat. USD 100 diperlukan sebagai komitmen setiap bulan.  Setelah mengenali Wahed Invest lebih mendalam, rupanya apa yang saya dengar selama ini tidak betul mengenai komitmen USD 100 sebulan. Rupanya RM 100 sebulan pon sudah memadai untuk melabur.  Reason saya memilih untuk melabur dengan Wahed Invest adalah kerana saya ingin mencari duit sampingan. Saya ni orang yang tak pandai nak berbahasa, nak berniaga. Jadi saya rasa memilih untuk melabur adalah platform yang sesuai untuk introvert seperti saya.  Memulakan pelaburan dengan Wahed Invest Pertama sekali, kau hendaklah install Wahed Invest di iOS kau. Android pon ada. Disebabkan saya pengguna peranti Apple, jadi saya cakaplah iOS.  Beginilah rupa logo Wahed Invest di Ap

Jenayah benci terhadap orang Asia-Amerika #StopAsianHate

Hari ini saya ada terbaca sebuah artikel mengenai serangan anti Asia yang berlaku di Amerika Syarikat baru-baru ini.  Di media sosial seperti Istagram pula telah wujud GIF bertemakan Stop Hate Asian selepas beberapa siri kejadian serangan berlaku.  Serangan anti Asia ini boleh dikategorikan sebagai serangan perkauman dimana kebanyakan mangsanya terdiri daripada orang Asia. Tanda pagar #StopAsianHate mulai tersebar luas ekoran daripada kes serangan perkauman terhadap orang Asia-Amerika telah meningkat di beberapa kawasan di Amerika Syarikat. Antara bentuk keganasan yang dihadapi oleh mangsa adalah mereka diludah, diganggu, diserang secara fizikal sehingga mendorong kepada pembunuhan.  Difahamkan punca kejadian serangan ini telah terjadi sejak tahun lepas lagi, iaitu pada tahun 2020 apabila bekas presiden Amerika Syarikat yang ke-45 iaitu Donald Trump bersikap retorik anti-China. Beliau sering menyebut COVID-19 ini  datang sebagai 'virus China' atau Kung Flu.  Di New York sahaja,