Skip to main content

Mencuba melabur dengan Wahed Invest buat pertama kali (Bahagian 1)

Assalamualaikum semua. Hari ini adalah hari saya ingin kongsikan pengalaman saya memulakan pelaburan dengan Wahed Invest. 

Masa mula-mula saya dengar Wahed Invest ni, saya sekadar tahu ianya merupakan pelaburan patuh syariah dari luar negara yang bertapak di Amerika Syarikat. USD 100 diperlukan sebagai komitmen setiap bulan. 

Setelah mengenali Wahed Invest lebih mendalam, rupanya apa yang saya dengar selama ini tidak betul mengenai komitmen USD 100 sebulan. Rupanya RM 100 sebulan pon sudah memadai untuk melabur. 

Reason saya memilih untuk melabur dengan Wahed Invest adalah kerana saya ingin mencari duit sampingan. Saya ni orang yang tak pandai nak berbahasa, nak berniaga. Jadi saya rasa memilih untuk melabur adalah platform yang sesuai untuk introvert seperti saya. 

Memulakan pelaburan dengan Wahed Invest

Pertama sekali, kau hendaklah install Wahed Invest di iOS kau. Android pon ada. Disebabkan saya pengguna peranti Apple, jadi saya cakaplah iOS. 

Beginilah rupa logo Wahed Invest di Apple Store

Setelah install, isilah segala butiran yang dikehendaki. Butiran tersebut lebih kepada kaji selidik untuk menentukan pelaburan yang sesuai dengan peribadi kau. Selesai je jawab soalan berani ke tidak untuk rugi, ada berapa duit dalam simpanan, anda akan ditentukan struktur pelaburan yang sesuai. Macam saya, saya pilih tidak berani untuk rugi, simpanan jangka pendek, simpanan sekarang pon tidak banyak. Alih-alih Wahed Invest kata saya sesuai buat pelaburan emas. 



Menurut kawan saya, sejak memulakan pelaburan emas di Wahed Invest, tak naik-naik. Agaknya mungkin sebab emas tengah murah buat masa sekarang jadi harga dia di bawah paras tu je. 


Disebabkan kawan saya kata prestasinya pelaburan emasnya yang tak berubah, jadi buat lagi sekali kaji selidik tersebut. Kali ini saya tukar jawapan saya kepada berani terima kerugian dengan kadar minimal.
Hasilnya saya bolehlah nak mulakan portfolio jenis moderate.


Setelah habis mengisi segala soalan dengan jawapan, saya pon dibawa ke bahagian untuk linkkan akaun simpanan saya secara direct debit ke akaun Wahed Invest. Caj dikenakan RM1 ke akaun PACIFIC TRUSTEES BERHAD. Saya mampu commit RM100 sebulan. Jadi, setiap tarikh yang saya tentukan, RM100 akan dimasukkan ke akaun pelaburan Wahed Invest saya. Buat masa ini, saya target RM1000 dahulu hingga hujung tahun. Nanti saya akan kongsikan hasil pelaburan saya kepada pembaca. 

Tak sabar nak lihat prestasi bulan pertama


Akhir kata, saya ni bukanlah orang yang dah sampai tahap bijak melabur. Sebelum ini saya berani melabur dengan ASB1, ASM1, TH, KWSP akaun 1 retirement scheme. Maaf kata sekiranya terdapat kelemahan dalam penulisan saya. 




Comments

Popular posts from this blog

Fungsi Penutup Lubang Kecil Pada Glade Scented Gel

glade scented gel fresh lemon Selalunyakan, kau orang kalau guna scented gel seperti di atas ni kau orang guna macam mana??? A. koyakkan barisan dibawah seperti tertera B. buka penutup di atas pek Hamizah selalunya guna cara A. Koyakkan garisan baris putus-putus tu dan angkatkan penutup ke atas. Hari ini ada terbaca di Facebook yang orang ada share cara guna Glade Scented Gel tu dengan cara paling jimat pewangi tahan lebih sebulan. Kata dia... Macam ini caranya. Dia orang buka penutup atas tu. Perasan tak dekat atas pek tu ada bulatan? Perasan! Tapi bila tengok, Hamizah sendiri pon tak pasti apa fungsi benda tu sebenarnya.  Penutup bulat yang berada atas pek.  Hamizah buka guna pisau nak tarik penutup atas tu. Penutup atas siap dibuka! Begitulah cara yang telah dikongsikan oleh kuasa viral media sosial. Kalau ikut arahan pada label, memang sekali buka semerbak baunya. Tapi itulah, cepat habis guna cara tu. Kalau buka dari atas ni, baunya seper

Kenali Perdana Menteri Malaysia

Kita sudah pon melalui musim pilihanraya umum ke-14 yang berakhir pada 9 Mei 2018. Keputusan PRU ke-14 telah pon diumumkan dan majoriti kerusi dimenangi oleh Parti Keadilan Rakyat. Buat pertama kalinya, Malaysia menyaksikan kerajaan baru yang akan memerintah negara untuk 5 tahun akan datang. Keputusan PRU14 Justeru itu, marilah kita mengenali perdana menteri Malaysia yang telah menerajui negara kita sejak dari zaman kemerdekaan lagi. 1) Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (1957 - 1970) Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Alor Star, Kedah. Ayahandanya, Sultan Abdul Hamid adalah pemerintah Negeri Kedah pada masa itu dan mempunyai beberapa isteri termasuk bonda Tunku bernama Menjalara. Bonda yang dicintai itu berketurunan Thai anak kepada Luang Novaborirak (Kleb), seorang pembesar di salah sebuah negeri Shan Utara Thailand. Tunku mendapat pendidikan awal di salah sebuah sekolah Melayu di Alor Star sebelum belajar di sekol

Produk Alrawda Ada Jual Dekat Alamanda Putrajaya

Ni nak cerita. Ahad hari tu pergi jalan-jalan Alamanda. Kebetulan masa jalan-jalan tu, ternampak ada satu sejadah ni seperti sejadah yang Maira pernah upload dekat Instagram. Datang dekat kiosk tu nampaklah yang dia menjual produk Alrawda. Sejadah yang pernah dilihat di Instagram Maira Wah, macam sama je yang Maira pernah upload dekat Instagram! Tengoklah koleksi sejadah dia kalau-kalau kau pon nak satu. Bandingkan harga kami katanya. Apa-apa hal boleh call. Hamizah pon tanyalah ada ke jual minyak wangi. Penjaga kiosk tu pon tunjuklah koleksi perfume yang ada. Hamizah tanya lagi, mana 1 yang bau seperti di Raudhah Masjid Nabawi? Dia pon calitlah salah satu botol perfume tu ke Hamizah. Terkejut rasanya! Bau perfume tu sebiji bau di Raudhah Masjid Nabawi seperti yang dikatakan Maira sebelum ini. Teringat pula Maira pernah berpesan, kalau ada orang nak buat umrah dia nak kirim perfume tu. Pernah cari dekat Arabian Oud sebelum ini kalau dia ada jual perfume tu. T