Skip to main content

Jenayah benci terhadap orang Asia-Amerika #StopAsianHate

Hari ini saya ada terbaca sebuah artikel mengenai serangan anti Asia yang berlaku di Amerika Syarikat baru-baru ini. 

Di media sosial seperti Istagram pula telah wujud GIF bertemakan Stop Hate Asian selepas beberapa siri kejadian serangan berlaku. 

Serangan anti Asia ini boleh dikategorikan sebagai serangan perkauman dimana kebanyakan mangsanya terdiri daripada orang Asia. Tanda pagar #StopAsianHate mulai tersebar luas ekoran daripada kes serangan perkauman terhadap orang Asia-Amerika telah meningkat di beberapa kawasan di Amerika Syarikat.

Antara bentuk keganasan yang dihadapi oleh mangsa adalah mereka diludah, diganggu, diserang secara fizikal sehingga mendorong kepada pembunuhan. 

Difahamkan punca kejadian serangan ini telah terjadi sejak tahun lepas lagi, iaitu pada tahun 2020 apabila bekas presiden Amerika Syarikat yang ke-45 iaitu Donald Trump bersikap retorik anti-China. Beliau sering menyebut COVID-19 ini  datang sebagai 'virus China' atau Kung Flu. 

Di New York sahaja, NYPD melaporkan terdapat 29 serangan bermotifkan kebencian terhadap warga Asia-Amerika. 24 daripadanya pula adalah bermotifkan wabak COVID-19. 

Pada tahun 2020 di Brooklyn, CBS News melaporkan seorang warga tua berusia 89 tahun telah ditampar oleh dua orang lelaki keji. Tindakan mereka seperti mahu merompak akan tetapi kemungkinan mangsa tidak mempunyai barang berharga, mereka kemudiannya menyalakan pemetik api dan membakar baju mangsa. Boleh lihat video di sini https://youtu.be/84GKekch3dU

Awal Februari 2021, seorang lelaki Filipina-Amerika ditampar di muka ketika menaiki kereta api bawah tanah ketika beliau dalam perjalan ke tempat kerja di Harlem. Mangsa, Noel Quintana menerima hampir 100 jahitan di wajahnya setelah serangan di kereta api bawah tanah di New York. Seorang lelaki telah berjalan di hadapan dan menendang beg tote yang Quitana letakkan di lantai kereta api. Ketika Quintana berhadapan dengan lelaki itu setelah dia menyedari begnya ditendang lagi, lelaki itu mengeluarkan pemotong kotak dan memotong Quintana ke seluruh wajah dari pipi ke pipi. Tidak ada penumpang yang dilaporkan membantu Quintana. Dia turun dari kereta api, dan hanya dapat bantuan daripada petugas bilik tiket yang menelefon 911. Quintana dibawa ke Hospital Bellevue untuk rawatan. 

Noel Quintana menerima hampir 100 jahitan di wajahnya setelah serangan di kereta bawah tanah New York. | Foto milik ABC7 New York


Pada bulan Februari 2021, seorang warga emas Thailand yang berusia 87 tahun telah diserang dengan kejam di San Francisco ketika beliau sedang riadah berjalan kaki waktu pagi. Boleh rujuk akhbar daripada The New York Times di sini https://www.nytimes.com/2021/02/27/us/asian-american-hate-crimes.html.

Secara peribadi, saya merasakan kejadian ini tidak sepatutnya berlaku atas dasar perkauman. Jika di pandang pada sudut sejarah, penduduk kulit putih di Amerika bukanlah penduduk asal tanah Amerika. Ia adalah hasil rampasan tanah daripada golongan Red Indian. 

Bagi mengatasi masalah ini, saya rasa setiap warga Amerika perlu dididik dengan kefahaman sejarah orang Asia-Amerika yang telah lama bertapak di Amerika. Mereka perlu terima yang warga Asia-Amerika telah menjadi sebahagian Amerika dan bukan warga asing. 



 


Comments

Popular posts from this blog

Fungsi Penutup Lubang Kecil Pada Glade Scented Gel

glade scented gel fresh lemon Selalunyakan, kau orang kalau guna scented gel seperti di atas ni kau orang guna macam mana??? A. koyakkan barisan dibawah seperti tertera B. buka penutup di atas pek Hamizah selalunya guna cara A. Koyakkan garisan baris putus-putus tu dan angkatkan penutup ke atas. Hari ini ada terbaca di Facebook yang orang ada share cara guna Glade Scented Gel tu dengan cara paling jimat pewangi tahan lebih sebulan. Kata dia... Macam ini caranya. Dia orang buka penutup atas tu. Perasan tak dekat atas pek tu ada bulatan? Perasan! Tapi bila tengok, Hamizah sendiri pon tak pasti apa fungsi benda tu sebenarnya.  Penutup bulat yang berada atas pek.  Hamizah buka guna pisau nak tarik penutup atas tu. Penutup atas siap dibuka! Begitulah cara yang telah dikongsikan oleh kuasa viral media sosial. Kalau ikut arahan pada label, memang sekali buka semerbak baunya. Tapi itulah, cepat habis guna cara tu. Kalau buka dari atas ni, baunya seper

Kenali Perdana Menteri Malaysia

Kita sudah pon melalui musim pilihanraya umum ke-14 yang berakhir pada 9 Mei 2018. Keputusan PRU ke-14 telah pon diumumkan dan majoriti kerusi dimenangi oleh Parti Keadilan Rakyat. Buat pertama kalinya, Malaysia menyaksikan kerajaan baru yang akan memerintah negara untuk 5 tahun akan datang. Keputusan PRU14 Justeru itu, marilah kita mengenali perdana menteri Malaysia yang telah menerajui negara kita sejak dari zaman kemerdekaan lagi. 1) Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (1957 - 1970) Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Alor Star, Kedah. Ayahandanya, Sultan Abdul Hamid adalah pemerintah Negeri Kedah pada masa itu dan mempunyai beberapa isteri termasuk bonda Tunku bernama Menjalara. Bonda yang dicintai itu berketurunan Thai anak kepada Luang Novaborirak (Kleb), seorang pembesar di salah sebuah negeri Shan Utara Thailand. Tunku mendapat pendidikan awal di salah sebuah sekolah Melayu di Alor Star sebelum belajar di sekol

Produk Alrawda Ada Jual Dekat Alamanda Putrajaya

Ni nak cerita. Ahad hari tu pergi jalan-jalan Alamanda. Kebetulan masa jalan-jalan tu, ternampak ada satu sejadah ni seperti sejadah yang Maira pernah upload dekat Instagram. Datang dekat kiosk tu nampaklah yang dia menjual produk Alrawda. Sejadah yang pernah dilihat di Instagram Maira Wah, macam sama je yang Maira pernah upload dekat Instagram! Tengoklah koleksi sejadah dia kalau-kalau kau pon nak satu. Bandingkan harga kami katanya. Apa-apa hal boleh call. Hamizah pon tanyalah ada ke jual minyak wangi. Penjaga kiosk tu pon tunjuklah koleksi perfume yang ada. Hamizah tanya lagi, mana 1 yang bau seperti di Raudhah Masjid Nabawi? Dia pon calitlah salah satu botol perfume tu ke Hamizah. Terkejut rasanya! Bau perfume tu sebiji bau di Raudhah Masjid Nabawi seperti yang dikatakan Maira sebelum ini. Teringat pula Maira pernah berpesan, kalau ada orang nak buat umrah dia nak kirim perfume tu. Pernah cari dekat Arabian Oud sebelum ini kalau dia ada jual perfume tu. T