Skip to main content

Review Cadbury Dairy Milk In Lickables Dari Seorang Hamizah


Sebelum ini, saya ada dapati di Instagram yang beberapa anak-anak selebriti popular ada ke satu event promosi Cadbury Lickables.

FYI, Cadbury Dairy Milk Malaysia ada mengeluarkan satu produk terbaharu di pasaran Malaysia iaitu Cadbury Dairy Milk in Lickables. Yang bestnya, coklat ini didatangkan sekali dengan mainan percuma!

Hamizah ada beli satu untuk rasa
Oh ye, produk ini diimport dari India dan mendapat pengesahan halal pihak berkuasa di sana.

Tertulis di situ produk dari India dan disahkan halal
Dan yang bestnya, Lickables ini didatangkan sekali dengan mainan misteri!

Toy Inside
Nak tahu dapat mainan apa? Buat masa ini, kedai 7-Eleven di Malaysia telah bekerjasama dengan Cadbury Dairy Milk untuk kempen Pokemon khas. sumber

Iklan dari sumber Facebook Cadbury Malaysia
Sekarang kita nak bagi tahu rasa dia macam mana. Sebelum buka, dia ada pesan yang ianya dibuat dengan penuh kasih sayang!

Made With Love & Care
Ini rupa packaging Lickables tu. Dalam bekas tu adalah coklat, mainan, sudu.

What's inside
Sudu dia pon ada safety precaution. Siap suruh basuh dulu sebelum guna.

Wash spoon before use
Ini pula mainan misteri yang saya dapat. Sticker dia ada macam-macam jenis. Kalau dapat Eevee, tampal lubang telinga dia je.

Untuk masa terhad ni, semua produk Cadbury Lickables didatangkan dengan mainan Pokemon. Ada yang dapat Pikachu, Jigglypuff, Squirtle dan Eevee.


Eevee ni malu-malu pula
Sticker nak tampal dekat wisel
As mentioned before, inilah dia contents lickables tu. Ada coklat, bertih gandum rangup (yang hitam putih tu), oreo hancur pon ada sekali.

Hitam putih kehidupan ada manisnya
Masa untuk merasa!


Gaul sama dia!
Jujurnya, coklat dia tak de lah rasa sesedap macam coklat bar yang besar tu. Coklat dalam lickables ini rasa macam coklat murahan, lepas tu rasa macam makan marjerin. Rasanya lagi puas hati kalau beli coklat bar besar. Beli ni pon sebab eksaited benda baru lepas tu ada free toy inside.

Hamizah bagi 1 bintang sahaja untuk perasaan eksaited dapat toyfree tu. In terms of price, affordable sebab RM4.50. Cuma itulah seperti yang Hamizah cakap tadi, tambah sikit duit dah dapat bar besar yang sedap dan lagi puas hati tu.

Comments

Popular posts from this blog

Fungsi Penutup Lubang Kecil Pada Glade Scented Gel

glade scented gel fresh lemon Selalunyakan, kau orang kalau guna scented gel seperti di atas ni kau orang guna macam mana??? A. koyakkan barisan dibawah seperti tertera B. buka penutup di atas pek Hamizah selalunya guna cara A. Koyakkan garisan baris putus-putus tu dan angkatkan penutup ke atas. Hari ini ada terbaca di Facebook yang orang ada share cara guna Glade Scented Gel tu dengan cara paling jimat pewangi tahan lebih sebulan. Kata dia... Macam ini caranya. Dia orang buka penutup atas tu. Perasan tak dekat atas pek tu ada bulatan? Perasan! Tapi bila tengok, Hamizah sendiri pon tak pasti apa fungsi benda tu sebenarnya.  Penutup bulat yang berada atas pek.  Hamizah buka guna pisau nak tarik penutup atas tu. Penutup atas siap dibuka! Begitulah cara yang telah dikongsikan oleh kuasa viral media sosial. Kalau ikut arahan pada label, memang sekali buka semerbak baunya. Tapi itulah, cepat habis guna cara tu. Kalau buka dari atas ni, bau...

Produk Alrawda Ada Jual Dekat Alamanda Putrajaya

Ni nak cerita. Ahad hari tu pergi jalan-jalan Alamanda. Kebetulan masa jalan-jalan tu, ternampak ada satu sejadah ni seperti sejadah yang Maira pernah upload dekat Instagram. Datang dekat kiosk tu nampaklah yang dia menjual produk Alrawda. Sejadah yang pernah dilihat di Instagram Maira Wah, macam sama je yang Maira pernah upload dekat Instagram! Tengoklah koleksi sejadah dia kalau-kalau kau pon nak satu. Bandingkan harga kami katanya. Apa-apa hal boleh call. Hamizah pon tanyalah ada ke jual minyak wangi. Penjaga kiosk tu pon tunjuklah koleksi perfume yang ada. Hamizah tanya lagi, mana 1 yang bau seperti di Raudhah Masjid Nabawi? Dia pon calitlah salah satu botol perfume tu ke Hamizah. Terkejut rasanya! Bau perfume tu sebiji bau di Raudhah Masjid Nabawi seperti yang dikatakan Maira sebelum ini. Teringat pula Maira pernah berpesan, kalau ada orang nak buat umrah dia nak kirim perfume tu. Pernah cari dekat Arabian Oud sebelum ini kalau dia ada jual perfume tu. T...

Aplikasi Belajar Main Piano Terbaik 2020

Hai semua! Apa khabar? Semoga semuanya sihat dan berbahagia.  Pos kali ini, saya ingin berkongsi aplikasi bermanfaat bagi mereka yang ingin belajar bermain piano.  Saya akan bagi review tiga aplikasi sahaja, iaitu, Simply Piano, Flowkey & Skoove. Kita mulakan review mengenai Simply Piano terlebih dahulu. Logo Simply Piano yang terdapat di telefon pintar Simply Piano adalah aplikasi belajar bermain piano yang dibangunkan oleh JoyTunes. Aplikasi ini sangat popular dan telah banyak memenangi anugerah seperti Apple's Editor's Choice Award dan Best App daripada Google Play. Mana tidaknya, aplikasi mereka banyak digunakan oleh beribu pengajar piano di serata dunia dan telah mengajar banyak lagu di aplikasi mereka setiap minggu. Matlamat Simply Piano adalah untuk membina aplikasi pendidikan yang menghiburkan untuk belajar bermain piano dengan pantas dan mudah. Simply Piano mengajar menggunakan video interaktif, mengukur kemajuan pelajaran berbentuk format permainan sama seperti a...