Perancis lwn Croatia |
Ahad, 15 Julai 2018 berlangsungnya perlawanan akhir piala dunia di antara Perancis menentang Croatia.
Keputusan berpihak kepada Perancis selepas mereka menewaskan Croatia 4-2 dalam final dramatik dan kontroversi di Stadium Luzhniki.
Salam 4 - 2 |
Ini merupakan kemenangan kedua dalam sejarah mereka kemenangan Piala Dunia dalam tempoh 20 tahun sejak kali pertama berjaya berbuat demikian pada 1998.
Skuad bimbingan Didier Deschamps mendapat gol sendiri pada minit ke-18 oleh Mario Mandkuzic namun Ivan Perisic bertindak menyamakan kedudukan untuk Croatia 10 minit kemudian.
Tidak senang dengan aksi pihak lawan, Antoine Griezmann bertindak membawa Perancis di hadapan sebelum rehat menerusi sepakan penalti pada minit ke-38 disusuli Paul Pogba, kemudiannya Kylian Mbappe terus meletakkan Les Blues berada pada laluan kemenangan pada minit ke-59 dan 65.
Croatia yang enggan mengalah dengan Mandkuzic terus mengasak kubu Perancis dengan menjaringkan gol pada minit ke-69.
Semangat skuad kendalian Zlatko Dalic itu sekadar membuahkan hasil 2 jaringan gol memandangkan serangan Les Bleus lebih garang bagi memastikan kejuaraan.
Cuba lagi 4 tahun Croatia. Jumpa di Piala Dunia Qatar.
Perancis Juara Piala Dunia 2018 |
Gambar ajet-ajet comel |
Comments
Post a Comment