Skip to main content

Resepi Nasi Minyak Paling Mudah

Hari ini Hamizah nak share resepi nasi minyak bagi sesiapa yang teringin makan nasi minyak.

Dulu masa buat ni pon masa bulan puasa. Yelah kan, bulan puasa mana ada orang nak kahwin. 

Nak ubati perasaan nak makan nasi minyak tu kita pon belilah bahan nak membuatnya. 

Setakat teringin tapi tak ada apa-apa tindakan tak pergi mana selera tu.

Ini bahan-bahan untuk nasi minyak
Sini Hamizah listkan bahan-bahan untuk buat nasi minyak (cukup 3 - 4 orang makan). Macam biasa, kalau Hamizah masak tak de sukatan spesifik. Kita nak masak ni kena yakin!

  • 3 pot beras basmathi.
  • santan 1 cawan (sama sukatan dengan 1 pot beras)
  • 3 sudu besar minyak sapi 
  • 1 biji bawang besar hiris halus
  • 3 ulas bawang putih hiris halus
  • kayu manis
  • bunga lawang
  • buah pelaga
  • 3 sudu garam halus
  • kismis
  • gajus
Cara-cara:

  1. Panaskan minyak sapi di dalam rice cooker. Cukup je panas masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga. Tumis sampai naik bau. Lepas tu masukkan bawang besar dulu baru bawang putih. Bawang putih masuk last sebab dia mudah hangit kalau masuk awal-awal. 
  2. Bau pon dah wangi. Kemudian masukkan beras yang dibasuh tadi. Make sure toskan dulu. 
  3. Gaul rata semua bahan tadi dalam rice cooker.
  4. Masukkan santan tadi, garam 3 sudu. Gajus dan kismis pon boleh masuk dah. Gaul rata lagi.
  5. Last sekali baru masukkan air. Air tu masukkan 3 pot. 

Sebenarnya Hamizah belajar masak nasi minyak ni masa duduk rumah sewa dulu. Dulu masa masuk rumah sewa, kami buat house warming panggil kawan-kawan datang. Dalam rumah tu Aini Yana memang pandai masak. Ni tengok dia masak yang tahu buat ni. 

Rahsia sedap nasi minyak ni terletak pada 3 ramuan utama ni - minyak sapi, santan dan bahan tumis. Cukup bahan ni pasti sedap! Nak ada aroma lebih boleh masukkan daun pandan kasi harummm~

Nasi minyak yang dah siap
Cantik kejadiannya
Gandingan nasi minyak pasti sedap dengan adanya ayam masak merah
Caramelized sangat sampai rupa ayam masak merah ni
Nasi minyak sedia untuk dimakan
Noms~

Comments

Popular posts from this blog

Fungsi Penutup Lubang Kecil Pada Glade Scented Gel

glade scented gel fresh lemon Selalunyakan, kau orang kalau guna scented gel seperti di atas ni kau orang guna macam mana??? A. koyakkan barisan dibawah seperti tertera B. buka penutup di atas pek Hamizah selalunya guna cara A. Koyakkan garisan baris putus-putus tu dan angkatkan penutup ke atas. Hari ini ada terbaca di Facebook yang orang ada share cara guna Glade Scented Gel tu dengan cara paling jimat pewangi tahan lebih sebulan. Kata dia... Macam ini caranya. Dia orang buka penutup atas tu. Perasan tak dekat atas pek tu ada bulatan? Perasan! Tapi bila tengok, Hamizah sendiri pon tak pasti apa fungsi benda tu sebenarnya.  Penutup bulat yang berada atas pek.  Hamizah buka guna pisau nak tarik penutup atas tu. Penutup atas siap dibuka! Begitulah cara yang telah dikongsikan oleh kuasa viral media sosial. Kalau ikut arahan pada label, memang sekali buka semerbak baunya. Tapi itulah, cepat habis guna cara tu. Kalau buka dari atas ni, bau...

Produk Alrawda Ada Jual Dekat Alamanda Putrajaya

Ni nak cerita. Ahad hari tu pergi jalan-jalan Alamanda. Kebetulan masa jalan-jalan tu, ternampak ada satu sejadah ni seperti sejadah yang Maira pernah upload dekat Instagram. Datang dekat kiosk tu nampaklah yang dia menjual produk Alrawda. Sejadah yang pernah dilihat di Instagram Maira Wah, macam sama je yang Maira pernah upload dekat Instagram! Tengoklah koleksi sejadah dia kalau-kalau kau pon nak satu. Bandingkan harga kami katanya. Apa-apa hal boleh call. Hamizah pon tanyalah ada ke jual minyak wangi. Penjaga kiosk tu pon tunjuklah koleksi perfume yang ada. Hamizah tanya lagi, mana 1 yang bau seperti di Raudhah Masjid Nabawi? Dia pon calitlah salah satu botol perfume tu ke Hamizah. Terkejut rasanya! Bau perfume tu sebiji bau di Raudhah Masjid Nabawi seperti yang dikatakan Maira sebelum ini. Teringat pula Maira pernah berpesan, kalau ada orang nak buat umrah dia nak kirim perfume tu. Pernah cari dekat Arabian Oud sebelum ini kalau dia ada jual perfume tu. T...

Aplikasi Belajar Main Piano Terbaik 2020

Hai semua! Apa khabar? Semoga semuanya sihat dan berbahagia.  Pos kali ini, saya ingin berkongsi aplikasi bermanfaat bagi mereka yang ingin belajar bermain piano.  Saya akan bagi review tiga aplikasi sahaja, iaitu, Simply Piano, Flowkey & Skoove. Kita mulakan review mengenai Simply Piano terlebih dahulu. Logo Simply Piano yang terdapat di telefon pintar Simply Piano adalah aplikasi belajar bermain piano yang dibangunkan oleh JoyTunes. Aplikasi ini sangat popular dan telah banyak memenangi anugerah seperti Apple's Editor's Choice Award dan Best App daripada Google Play. Mana tidaknya, aplikasi mereka banyak digunakan oleh beribu pengajar piano di serata dunia dan telah mengajar banyak lagu di aplikasi mereka setiap minggu. Matlamat Simply Piano adalah untuk membina aplikasi pendidikan yang menghiburkan untuk belajar bermain piano dengan pantas dan mudah. Simply Piano mengajar menggunakan video interaktif, mengukur kemajuan pelajaran berbentuk format permainan sama seperti a...