Skip to main content

Kenali Perdana Menteri Malaysia

Kita sudah pon melalui musim pilihanraya umum ke-14 yang berakhir pada 9 Mei 2018. Keputusan PRU ke-14 telah pon diumumkan dan majoriti kerusi dimenangi oleh Parti Keadilan Rakyat. Buat pertama kalinya, Malaysia menyaksikan kerajaan baru yang akan memerintah negara untuk 5 tahun akan datang.

Keputusan PRU14

Justeru itu, marilah kita mengenali perdana menteri Malaysia yang telah menerajui negara kita sejak dari zaman kemerdekaan lagi.

1) Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (1957 - 1970)

Bapa Kemerdekaan
Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Alor Star, Kedah. Ayahandanya, Sultan Abdul Hamid adalah pemerintah Negeri Kedah pada masa itu dan mempunyai beberapa isteri termasuk bonda Tunku bernama Menjalara. Bonda yang dicintai itu berketurunan Thai anak kepada Luang Novaborirak (Kleb), seorang pembesar di salah sebuah negeri Shan Utara Thailand.

Tunku mendapat pendidikan awal di salah sebuah sekolah Melayu di Alor Star sebelum belajar di sekolah Thai di Bangkok. Pada tahun 1916, Tunku pulang ke Kedah dan menyambung pelajaran di sekolah Melayu. Sebelum Tunku dihantar ke England, beliau mendapat pendidikan di Penang Free School dan kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat kolej di St. Catherine's College, University of Cambridge, England.

Walaupun Tunku berketurunan diraja, beliau adala pemimpin  pilihan rakyat dan bukan berdasarkan warisan.


2) Y. A.B TUN ABDUL RAZAK BIN DATO' HUSSEIN (1970 - 1976)

Bapa Pembangunan

Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein dilahirkan pada 11hb Mac 1922 di Pulau Keladi, Pekan, Pahang. Beliau merupakan anak pertama dari dua orang anak kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Datin Hajah Teh Fatimah binti Daud.

Beliau dibesarkan oleh datuknya di Kampung Jambu, Langgar, Pekan dalam suasana kampung yang penuh disiplin. Di kampung ini jugalah beliau mendapat pendidikan awal dimana setiap hari untuk ke sekolah rendah, beliau berjalan kaki sejauh empat batu dari rumah. Bukan sekadar berjalan kaki sahaja, beliau juga berkaki ayam di sekolah kerana tidak mahu terasing daripada sebahagian rakannya yang tidak mampu membeli kasut getah.

Kepintaran dan kecemerlangan dalam bidang pelajaran dan sukan membawa beliau untuk menyambung pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Setelah tamat pengajian di Maktab Melayu Kuala Kangsar, beliau ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Raffles. Akan tetapi, Parang Dunia Kedua menyebabkan pendidikannya terpaksa ditamatkan.


3) Y.A.B TUN HUSSEIN BIN DATO' ONN (1976 - 1981)

Bapa Perpaduan


Tun Hussein Onn dilahirkan pada 12 Februari 1922 di Johor Bahru. Beliau adalah anak sulung Datuk Onn bin Ja'afar dan Datin Halimah binti Hussein yang mempunyai lapan orang anak.

Beliau mendapat didikan awal di Telok Kurau School, Singapura dan pendidikan menengah di kEnglish College, Johor Bahru. Pada tahun 1940, beliau tamat persekolahannya dan kemudian beliau berkhidmat sebagai kadet dalam Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor. Pada tahun 1941, belaiu dihantar ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu, beliau menyertai Regiment Hydrabad ke-19 di India.

Bersambung...









Comments

  1. Situs Slot Online & Casino Telugu,Singapore - JTHub
    slot online & 안양 출장샵 casino telugu,Singapore - JTHub.com. slot online & casino 이천 출장샵 telugu,Singapore - JTHub.com. 양주 출장안마 slot online & 이천 출장샵 casino telugu,Singapore - 울산광역 출장샵 JTHub.com.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Fungsi Penutup Lubang Kecil Pada Glade Scented Gel

glade scented gel fresh lemon Selalunyakan, kau orang kalau guna scented gel seperti di atas ni kau orang guna macam mana??? A. koyakkan barisan dibawah seperti tertera B. buka penutup di atas pek Hamizah selalunya guna cara A. Koyakkan garisan baris putus-putus tu dan angkatkan penutup ke atas. Hari ini ada terbaca di Facebook yang orang ada share cara guna Glade Scented Gel tu dengan cara paling jimat pewangi tahan lebih sebulan. Kata dia... Macam ini caranya. Dia orang buka penutup atas tu. Perasan tak dekat atas pek tu ada bulatan? Perasan! Tapi bila tengok, Hamizah sendiri pon tak pasti apa fungsi benda tu sebenarnya.  Penutup bulat yang berada atas pek.  Hamizah buka guna pisau nak tarik penutup atas tu. Penutup atas siap dibuka! Begitulah cara yang telah dikongsikan oleh kuasa viral media sosial. Kalau ikut arahan pada label, memang sekali buka semerbak baunya. Tapi itulah, cepat habis guna cara tu. Kalau buka dari atas ni, baunya seper

Produk Alrawda Ada Jual Dekat Alamanda Putrajaya

Ni nak cerita. Ahad hari tu pergi jalan-jalan Alamanda. Kebetulan masa jalan-jalan tu, ternampak ada satu sejadah ni seperti sejadah yang Maira pernah upload dekat Instagram. Datang dekat kiosk tu nampaklah yang dia menjual produk Alrawda. Sejadah yang pernah dilihat di Instagram Maira Wah, macam sama je yang Maira pernah upload dekat Instagram! Tengoklah koleksi sejadah dia kalau-kalau kau pon nak satu. Bandingkan harga kami katanya. Apa-apa hal boleh call. Hamizah pon tanyalah ada ke jual minyak wangi. Penjaga kiosk tu pon tunjuklah koleksi perfume yang ada. Hamizah tanya lagi, mana 1 yang bau seperti di Raudhah Masjid Nabawi? Dia pon calitlah salah satu botol perfume tu ke Hamizah. Terkejut rasanya! Bau perfume tu sebiji bau di Raudhah Masjid Nabawi seperti yang dikatakan Maira sebelum ini. Teringat pula Maira pernah berpesan, kalau ada orang nak buat umrah dia nak kirim perfume tu. Pernah cari dekat Arabian Oud sebelum ini kalau dia ada jual perfume tu. T