Skip to main content

Posts

Mencuba melabur dengan Wahed Invest buat pertama kali (Bahagian 1)

Assalamualaikum semua. Hari ini adalah hari saya ingin kongsikan pengalaman saya memulakan pelaburan dengan Wahed Invest.  Masa mula-mula saya dengar Wahed Invest ni, saya sekadar tahu ianya merupakan pelaburan patuh syariah dari luar negara yang bertapak di Amerika Syarikat. USD 100 diperlukan sebagai komitmen setiap bulan.  Setelah mengenali Wahed Invest lebih mendalam, rupanya apa yang saya dengar selama ini tidak betul mengenai komitmen USD 100 sebulan. Rupanya RM 100 sebulan pon sudah memadai untuk melabur.  Reason saya memilih untuk melabur dengan Wahed Invest adalah kerana saya ingin mencari duit sampingan. Saya ni orang yang tak pandai nak berbahasa, nak berniaga. Jadi saya rasa memilih untuk melabur adalah platform yang sesuai untuk introvert seperti saya.  Memulakan pelaburan dengan Wahed Invest Pertama sekali, kau hendaklah install Wahed Invest di iOS kau. Android pon ada. Disebabkan saya pengguna peranti Apple, jadi saya cakaplah iOS.  Beginilah rupa logo Wahed Invest di Ap
Recent posts

Jenayah benci terhadap orang Asia-Amerika #StopAsianHate

Hari ini saya ada terbaca sebuah artikel mengenai serangan anti Asia yang berlaku di Amerika Syarikat baru-baru ini.  Di media sosial seperti Istagram pula telah wujud GIF bertemakan Stop Hate Asian selepas beberapa siri kejadian serangan berlaku.  Serangan anti Asia ini boleh dikategorikan sebagai serangan perkauman dimana kebanyakan mangsanya terdiri daripada orang Asia. Tanda pagar #StopAsianHate mulai tersebar luas ekoran daripada kes serangan perkauman terhadap orang Asia-Amerika telah meningkat di beberapa kawasan di Amerika Syarikat. Antara bentuk keganasan yang dihadapi oleh mangsa adalah mereka diludah, diganggu, diserang secara fizikal sehingga mendorong kepada pembunuhan.  Difahamkan punca kejadian serangan ini telah terjadi sejak tahun lepas lagi, iaitu pada tahun 2020 apabila bekas presiden Amerika Syarikat yang ke-45 iaitu Donald Trump bersikap retorik anti-China. Beliau sering menyebut COVID-19 ini  datang sebagai 'virus China' atau Kung Flu.  Di New York sahaja,

Mencuba masakan dari negara Cambodia: Tilapia Garing Berkuah Limau

Assalamualaikum semua. Hari ini saya nak kongsikan resepi yang telah saya cuba menerusi perkongsian daripada tontonan YouTube. Resepi ini boleh ditonton melalui link ini: https://youtu.be/Wv3t2hPdsh8. Resepi ini dikongsikan oleh Kimyee Ros Cooking pada tahun 2017 dan telah mendapat views sebanyak 2.1 juta. Beliau merupakan orang berbangsa Khmer dari Cambodia. Bahan-bahannya sangat mudah didapati dan mudah dimasak. Berikut merupakan bahan-bahannya: 1 ekor ikan tilapia 3 biji limau nipis 3 sudu besar gula 3 biji cili padi merah (potong halus) 5 biji cili padi hijau (potong halus) 5 sudu besar sos ikan 7 ulas bawang putih (cincang halus) 2 tangkai daun ketumbar (potong halus) Garam untuk dilumurkan ke ikan tilapia Cara-caranya: Pastikan ikan telah dicuci bersih dengan limau nipis. Petua untuk menghilangkan hanyir ikan menggunakan limau nipis. Lumurkan ikan tadi dengan garam secukupnya dan perap seketika sementara tunggu minyak untuk menggoreng dipanaskan. Goreng ikan sehingga garing. Sete

Aplikasi Belajar Main Piano Terbaik 2020

Hai semua! Apa khabar? Semoga semuanya sihat dan berbahagia.  Pos kali ini, saya ingin berkongsi aplikasi bermanfaat bagi mereka yang ingin belajar bermain piano.  Saya akan bagi review tiga aplikasi sahaja, iaitu, Simply Piano, Flowkey & Skoove. Kita mulakan review mengenai Simply Piano terlebih dahulu. Logo Simply Piano yang terdapat di telefon pintar Simply Piano adalah aplikasi belajar bermain piano yang dibangunkan oleh JoyTunes. Aplikasi ini sangat popular dan telah banyak memenangi anugerah seperti Apple's Editor's Choice Award dan Best App daripada Google Play. Mana tidaknya, aplikasi mereka banyak digunakan oleh beribu pengajar piano di serata dunia dan telah mengajar banyak lagu di aplikasi mereka setiap minggu. Matlamat Simply Piano adalah untuk membina aplikasi pendidikan yang menghiburkan untuk belajar bermain piano dengan pantas dan mudah. Simply Piano mengajar menggunakan video interaktif, mengukur kemajuan pelajaran berbentuk format permainan sama seperti ap

Hello Kitty Carrier di McDonald's

Hai kawan-kawan! Hari ini merupakan buat pertama kalinya post Hamizah ditulis bagi tahun 2019. Kali terakhir Hamizah menulis blog adalah pada tahun 2018. Post berkaitan What's Your Name Game (WYNG) oleh Boost Juice Bars. So nama you guys ada naik tak sepanjang kempen tu??? Btw, lamakan tak up story dekat blog? Okay, so hari ini Hamizah nak cerita pasal Hello Kitty. Pada 27 November 2019, McDonald's Malaysia telah pon membawakan Hello Kitty Carrier memasuki pasaran Malaysia. Sebelum ini Hello Kitty Carrier ini telah pon dikeluarkan terlebih dahulu di Jepun. Seingat Hamizah, tahun lepas lagi dia dah keluarkan. Dia keluarkan 2 jenis carrier masa tu - Hello Kitty dengan Shinkansen. Hello Kitty untuk budak perempuan, Shinkansen untuk lelaki. Untuk pasaran negara Asia Tenggara, yang Hamizah tahu sebelum Hello Kitty Carrier ni masuk Malaysia, keluar dulu dekat Singapore. Dahsyat tau masa tu sampai dekat page online shopping jual sampai SGD200 walaupun harga asalnya SGD7.90. S

Boost Juice Bars What's Your Name Game

Tiap-tiap bulan Oktober, Boost Juice Bars akan mengadakan satu permainan nama iaitu WHAT'S YOUR NAME GAME.  Game ini mudah saja, cuma perlu daftar nama anda ke website Boost Juice Bars lepas tu akan dapat token RM1 OFF untuk pembelian. Cara-caranya: 1. Pergi ke laman web https://whatsyournamegame.boostjuicebars.com.my/ 2. Daftar nama anda untuk berpeluang mendapatkan BOOST PERCUMA. Tekan ADD ME. Daftar nama dulu 3. Isikan nama anda dan tekan next. 4. Selepas isi nama, anda akan dibawa ke page sama ada nak register guna nama akaun Facebook atau pon register e-mail. 5. Anda akan dibawa ke page ini lepas isi jika pilihan anda nak register guna e-mail. 6. Lepas isi anda akan dapat potongan RM1 untuk pembelian BOOST seterusnya.  Dan jangan lupa follow Facebook untuk mendapatkan perkembangan nama naik ke tidak. Kalau itu hari register guna e-mail, pihak Boost Juice Bars akan menghantar e-mail untuk makluman anda. 

Resepi Kek Butter Marble Formula 4211

Dah lama tak buat coretan di sini. Baca coretan okay, bukan carutan. HAHAHA. Last post perihal pergi Universal Studios Singapore. Sampai ke sudah tak share tips kan? Maafkanlah. Lepas ni okay? Uols just wait. Okaylah. Coretan hari ini nak share resepi kek butter paling mudah. Ye benar buat kek butter ni senang je sebab kita akan menggunakan formula 4-2-1-1.  Ini adalah bahan-bahannya: 4 biji telur 2 cawan tepung gandum 1 cawan marjerin / butter 1 cawan gula 1 tsp esen vanilla 1 tsp serbuk penaik Kalau nak tahu, formula 4211 tu adalah bahan penting untuk menyediakan kek butter ni.  Bahan opsyenel dekat sini 2 je. Esen vanilla dengan serbuk penaik. Kita guna esen vanilla sebab nak bagi hilangkan hanyir telur. Serbuk penaik pula kita gunakan untuk menjadikan kek kembang, lembut dan gebu. Misal kata dekat rumah tak de esen vanilla, tak de serbuk penaik it's okay. Tak de bahan ini, kek tetap jadi.  Marjerin yang Hamizah guna dalam kek butter ni ialah Cap P