Skip to main content

Mencuba masakan dari negara Cambodia: Tilapia Garing Berkuah Limau

Assalamualaikum semua. Hari ini saya nak kongsikan resepi yang telah saya cuba menerusi perkongsian daripada tontonan YouTube. Resepi ini boleh ditonton melalui link ini: https://youtu.be/Wv3t2hPdsh8.

Resepi ini dikongsikan oleh Kimyee Ros Cooking pada tahun 2017 dan telah mendapat views sebanyak 2.1 juta. Beliau merupakan orang berbangsa Khmer dari Cambodia.

Bahan-bahannya sangat mudah didapati dan mudah dimasak. Berikut merupakan bahan-bahannya:

  • 1 ekor ikan tilapia
  • 3 biji limau nipis
  • 3 sudu besar gula
  • 3 biji cili padi merah (potong halus)
  • 5 biji cili padi hijau (potong halus)
  • 5 sudu besar sos ikan
  • 7 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 2 tangkai daun ketumbar (potong halus)
  • Garam untuk dilumurkan ke ikan tilapia
Cara-caranya:
  1. Pastikan ikan telah dicuci bersih dengan limau nipis. Petua untuk menghilangkan hanyir ikan menggunakan limau nipis.
  2. Lumurkan ikan tadi dengan garam secukupnya dan perap seketika sementara tunggu minyak untuk menggoreng dipanaskan.
  3. Goreng ikan sehingga garing. Setelah cukup masak garing boleh ketepikan.
  4. Bancuhkan sos ikan, gula, perahan limau nipis, cili padi dan daun ketumbar. Biarkan seketika.
  5. Kemudian, ambil sedikit minyak dari sisa gorengan tadi masukkan ke dalam kuali lain untuk menumis bawang putih. Tumis bawang putih sehingga naik bau tapi jangan sampai garing.
  6. Masukkan pula bancuhan kuah tadi ke dalam kuali menumis bawang putih. 
  7. Kacau dan cuba rasa. Pastikan masakan ini cukup rasa masam, masin, manis dan pedas. Kalau ada rasa yang tak cukup boleh olah. 
  8. Dah cukup rasa boleh tuangkan atas ikan yang dah digoreng tadi.
  9. Sedia untuk dihidangkan.
Ikan yang telah digoreng garing


Tumis bawang putih sampai naik bau

Masak bancuhan tadi ke dalam kuali yang ditumis bawang putih

Tadaa! Dah siappp!

Sila cuba ye kawan-kawan. Masakan yang mudah dan sedap! Tak rugi cuba.

Comments

Popular posts from this blog

Fungsi Penutup Lubang Kecil Pada Glade Scented Gel

glade scented gel fresh lemon Selalunyakan, kau orang kalau guna scented gel seperti di atas ni kau orang guna macam mana??? A. koyakkan barisan dibawah seperti tertera B. buka penutup di atas pek Hamizah selalunya guna cara A. Koyakkan garisan baris putus-putus tu dan angkatkan penutup ke atas. Hari ini ada terbaca di Facebook yang orang ada share cara guna Glade Scented Gel tu dengan cara paling jimat pewangi tahan lebih sebulan. Kata dia... Macam ini caranya. Dia orang buka penutup atas tu. Perasan tak dekat atas pek tu ada bulatan? Perasan! Tapi bila tengok, Hamizah sendiri pon tak pasti apa fungsi benda tu sebenarnya.  Penutup bulat yang berada atas pek.  Hamizah buka guna pisau nak tarik penutup atas tu. Penutup atas siap dibuka! Begitulah cara yang telah dikongsikan oleh kuasa viral media sosial. Kalau ikut arahan pada label, memang sekali buka semerbak baunya. Tapi itulah, cepat habis guna cara tu. Kalau buka dari atas ni, baunya seper

Kenali Perdana Menteri Malaysia

Kita sudah pon melalui musim pilihanraya umum ke-14 yang berakhir pada 9 Mei 2018. Keputusan PRU ke-14 telah pon diumumkan dan majoriti kerusi dimenangi oleh Parti Keadilan Rakyat. Buat pertama kalinya, Malaysia menyaksikan kerajaan baru yang akan memerintah negara untuk 5 tahun akan datang. Keputusan PRU14 Justeru itu, marilah kita mengenali perdana menteri Malaysia yang telah menerajui negara kita sejak dari zaman kemerdekaan lagi. 1) Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (1957 - 1970) Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Alor Star, Kedah. Ayahandanya, Sultan Abdul Hamid adalah pemerintah Negeri Kedah pada masa itu dan mempunyai beberapa isteri termasuk bonda Tunku bernama Menjalara. Bonda yang dicintai itu berketurunan Thai anak kepada Luang Novaborirak (Kleb), seorang pembesar di salah sebuah negeri Shan Utara Thailand. Tunku mendapat pendidikan awal di salah sebuah sekolah Melayu di Alor Star sebelum belajar di sekol

Produk Alrawda Ada Jual Dekat Alamanda Putrajaya

Ni nak cerita. Ahad hari tu pergi jalan-jalan Alamanda. Kebetulan masa jalan-jalan tu, ternampak ada satu sejadah ni seperti sejadah yang Maira pernah upload dekat Instagram. Datang dekat kiosk tu nampaklah yang dia menjual produk Alrawda. Sejadah yang pernah dilihat di Instagram Maira Wah, macam sama je yang Maira pernah upload dekat Instagram! Tengoklah koleksi sejadah dia kalau-kalau kau pon nak satu. Bandingkan harga kami katanya. Apa-apa hal boleh call. Hamizah pon tanyalah ada ke jual minyak wangi. Penjaga kiosk tu pon tunjuklah koleksi perfume yang ada. Hamizah tanya lagi, mana 1 yang bau seperti di Raudhah Masjid Nabawi? Dia pon calitlah salah satu botol perfume tu ke Hamizah. Terkejut rasanya! Bau perfume tu sebiji bau di Raudhah Masjid Nabawi seperti yang dikatakan Maira sebelum ini. Teringat pula Maira pernah berpesan, kalau ada orang nak buat umrah dia nak kirim perfume tu. Pernah cari dekat Arabian Oud sebelum ini kalau dia ada jual perfume tu. T