Skip to main content

Ramadan 2018

Alhamdulilah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah inayahNya dan keizinanNya kita dipertemukan lagi dengan bulan ramadan.

Pada tahun ini, penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Dato' Sri Syed Danial bin Syed Ahmad Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad telah mengisytiharkan tarikh permulaan puasa bagi bulan Ramadan bagi tahun 1439 Hijrah di Malaysia adalah pada hari Khamis, 17 Mei 2018.

Punca tengok berita adalah sebab nak tengok pengumuman penting

Sebelum ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia menetapkan hari Selasa, 15 Mei 2018M bersamaan 29 Syaaban 1439H untuk melihat cerapan anak bulan di beberapa lokasi. 

Kena tengok anak bulan Selasa 15 Mei 


Berita rasmi pengisytiharan bulan ramadan tahun 2018 Masihi bersamaan 1439 Hijrah disiarkan secara langsung  di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 15 Mei 2018, Selasa jam 8 malam. 

Tahun ini Tan Sri Syed Danial memakai baju Melayu biru 
Di sini, Hamizah ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekasaran bahasa, keterlaluan bicara, keterlanuran kata dan apa juga kesalahan yang sengaja atau tidak sengaja yang berbekas di hati. Selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah-ibadah lain sepanjang Ramadan. 


Comments

Popular posts from this blog

Fungsi Penutup Lubang Kecil Pada Glade Scented Gel

glade scented gel fresh lemon Selalunyakan, kau orang kalau guna scented gel seperti di atas ni kau orang guna macam mana??? A. koyakkan barisan dibawah seperti tertera B. buka penutup di atas pek Hamizah selalunya guna cara A. Koyakkan garisan baris putus-putus tu dan angkatkan penutup ke atas. Hari ini ada terbaca di Facebook yang orang ada share cara guna Glade Scented Gel tu dengan cara paling jimat pewangi tahan lebih sebulan. Kata dia... Macam ini caranya. Dia orang buka penutup atas tu. Perasan tak dekat atas pek tu ada bulatan? Perasan! Tapi bila tengok, Hamizah sendiri pon tak pasti apa fungsi benda tu sebenarnya.  Penutup bulat yang berada atas pek.  Hamizah buka guna pisau nak tarik penutup atas tu. Penutup atas siap dibuka! Begitulah cara yang telah dikongsikan oleh kuasa viral media sosial. Kalau ikut arahan pada label, memang sekali buka semerbak baunya. Tapi itulah, cepat habis guna cara tu. Kalau buka dari atas ni, bau...

Produk Alrawda Ada Jual Dekat Alamanda Putrajaya

Ni nak cerita. Ahad hari tu pergi jalan-jalan Alamanda. Kebetulan masa jalan-jalan tu, ternampak ada satu sejadah ni seperti sejadah yang Maira pernah upload dekat Instagram. Datang dekat kiosk tu nampaklah yang dia menjual produk Alrawda. Sejadah yang pernah dilihat di Instagram Maira Wah, macam sama je yang Maira pernah upload dekat Instagram! Tengoklah koleksi sejadah dia kalau-kalau kau pon nak satu. Bandingkan harga kami katanya. Apa-apa hal boleh call. Hamizah pon tanyalah ada ke jual minyak wangi. Penjaga kiosk tu pon tunjuklah koleksi perfume yang ada. Hamizah tanya lagi, mana 1 yang bau seperti di Raudhah Masjid Nabawi? Dia pon calitlah salah satu botol perfume tu ke Hamizah. Terkejut rasanya! Bau perfume tu sebiji bau di Raudhah Masjid Nabawi seperti yang dikatakan Maira sebelum ini. Teringat pula Maira pernah berpesan, kalau ada orang nak buat umrah dia nak kirim perfume tu. Pernah cari dekat Arabian Oud sebelum ini kalau dia ada jual perfume tu. T...

Aplikasi Belajar Main Piano Terbaik 2020

Hai semua! Apa khabar? Semoga semuanya sihat dan berbahagia.  Pos kali ini, saya ingin berkongsi aplikasi bermanfaat bagi mereka yang ingin belajar bermain piano.  Saya akan bagi review tiga aplikasi sahaja, iaitu, Simply Piano, Flowkey & Skoove. Kita mulakan review mengenai Simply Piano terlebih dahulu. Logo Simply Piano yang terdapat di telefon pintar Simply Piano adalah aplikasi belajar bermain piano yang dibangunkan oleh JoyTunes. Aplikasi ini sangat popular dan telah banyak memenangi anugerah seperti Apple's Editor's Choice Award dan Best App daripada Google Play. Mana tidaknya, aplikasi mereka banyak digunakan oleh beribu pengajar piano di serata dunia dan telah mengajar banyak lagu di aplikasi mereka setiap minggu. Matlamat Simply Piano adalah untuk membina aplikasi pendidikan yang menghiburkan untuk belajar bermain piano dengan pantas dan mudah. Simply Piano mengajar menggunakan video interaktif, mengukur kemajuan pelajaran berbentuk format permainan sama seperti a...