Teks ucapan oleh YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim berikut diambil daripada laman sesawang Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia . Semoga bahan bacaan ini menjadi sumber rujukan umum.
Seterusnya pengenalan langkah-langkah inovatif dan kreatif sudah mula jauh dari capaian kita. Syukur, melalui TVi sedikit perubahan telah berlaku namun ia juga perlu dibaik pulih agar mencapai matlamat dasarnya diwujudkan, yakni perpaduan wilayah serta sajian untuk generasi muda. Bukan Mengajar Itik Berenang Lantaran itu kita adakan pemukiman ini. Kita hendak mencari jalan bagaimana perubahan berkesan dapat dilakukan dalam tempoh terdekat.Perubahan struktur dan hayaraki RTM perlu dikaji semula dalam konteks pencapaian dan kemampuannya dengan skim belanjawan RM560 juta yang dibekalkan kerajaan untuk gaji dan pelbagai rancangan bekalan dan program. Mungkin ada pihak yang masih berpegang teguh kepada bidalan jangan diajar itik berenang atau lantaran sudah lama makan garam maka tak harus disaran atau dialurkan untuk perubahan. Pendirian ini jangan dipakai sangat. Lebih dewasa atau lebih tua sesuatu institusi itu lantasia harus lebih hebat dan lebih berjaya membawa perubahan yang harus diterima rakyat. Lantaran itu kita semua harus bersedia berubah ke arah pencapaian dan hasil yang lebih menguntungkan selaras dengan Pelan Transformasi Kerajaan yang diupayai kerajaan pada masa ini.Pagi ini saya bukan hendak mengajar itik berenang. Sekadar nak memandu ke arah mana itik itu nak berenang. Dikhuatiri itik yang sedang berenang tanpa panduan dan haluan mungkin hilang disambar biawak atau ditangkap dan dibaham buaya atau lebih menyedihkan dihanyutkan begitu saja oleh air deras dengan peel kebiasaan yang mengandungi dengusan: Kami sudah lama di RTM, kami tahu apa nak buat. Pada satu pihak pelanggan utama kita ialah Kerajaan Malaysia, yakni kerajaan yang dipilih rakyat setiap lima tahun sekali. Kerajaan Malaysia dan rakyat yang dikhidmatinya harus kita puaskan hati mereka. RTM mesti memuaskan hati kedua-dua pihak ini jika mahu terus relevan dan disegani dan diterima pakai oleh mereka.Pendeknya, kerajaan melalui Jemaah Menteri dan rakyat yang dikhidmati mesti puas hati dengan khidmat RTM, institusi penting yang berkhidmat tanpa mencari keuntungan kewangan tetapi sebaliknya mencari dan mendapatkan sokongan rakyat secara inovatif dan kreatif.
Pihak ketiga ialah warga kerja atau tenaga khidmat RTM yang kini berjumlah 4,907 orang di Angkasapuri dan di seluruh pelusuk tanah air. Gaji warga RTM dan pengurusan ialah RM155.3 juta tahun ini. RM65.1 juta untuk operasi siaran dan RM90.3 juta untuk khidmat pengurusan. Saya telah buat kerja rumah di akhir-akhir ini, tidak ada stesen radio dan televisyen(TV) di mana-mana di dunia ini yang mempunyai warga kerjanya seramai di RTM. Media Prima dan ASTRO di negara ini masing-masing mempunyai tenaga kerja sekitar 980 ke 1,200 orang. British Broadcasting Corporation(BBC) sekitar 1900, Cable News Network(CNN) 1,900. Jadi kita di RTM sudah pecah rekod dari segi bilangan warga kerja.Tetapi soalnya adakah kini khidmat kita setinggi rekod bilangan petugas kita? Adakah rancangan atau program kita beroleh nilaian atau rating yang setimpal? Bagaimana Key Performance Indicator(KPI) pegawai-pegawai tinggi dan penerbit-penerbit rancangan, pengacara-pengumum atau DJ serta para penyampai kita? Apakah rancangan-rancangan RTM yang tersohor, yang beroleh penerimaan dan nilaian tinggi rakyat? Adakah masyarakat berbilang kaum menonton RTM melalui berita dan program-program tertentu mengikut tontonan yang berjumlah besar? Adakah generasi muda tertarik dengan rancangan-rancangan yang disiarkan?Isu-isu ini menjadi relevan justeru harus diambil perincian dan tindakan. Adakah rancangan kanak-kanak kita membuat kanak-kanak mahu menonton kita? Inilah di antara soalan yang menusuk pemikiran saya sebagai Menteri Penerangan kali kedua dalam sejarah karier politik saya. Kita yang di dewan ini semuanya menerima khidmat dan jasa RTM secara langsung atau tidak langsung. Sebahagian besar dalam kalangan kita merupakan kapitan atau ketua-ketua penyiaran. Apa tunjuk ajar atau panduan yang diberi oleh Ketua-ketua Bahagian kepada petugas-petugas bawahan seperti pengawal berita radio dan TV, juru kamera, penulis skrip dokumentari pendek dan sebagainya? Interaksi dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas mesti diamalkan. Sesi-sesi perbincangan untuk mencari persembahan yang inovatif dan kreatif harus menjadi amalan. Mengarah semata-mata tidak lagi merupakan sikap membina di dunia serba bersalingan ini.
Sebahagian kita pula adalah pemegang
dasar dan pentadbiran seperti Menteri, Timbalan Menteri, KSU, TKSU, Ketua
Pengarah, Pengarah dan lain-lain. Kita semua mulai kini mesti membawa
pembaharuan positif demi menjadikan RTM lebih menarik, lebih diterima dan lebih
berhasil setimpal dengan keluarga penyiar kita yang begitu besar bilangannya.
Dalam setiap 10 program TV popular di tanah air, sekurang-kurangnya RTM mesti
terwakil dalam tiga program.
Pada masa menonton berita, RTM seharusnya menjadi pilihan bukan saja untuk mengetahui apa dasar-dasar kerajaan penting yang dilibatkan tetapi juga hal-hal menarik seperti cerita kemanusiaan, perubahan pasaran, jenayah, kisah-kisah remaja, cetusan gagasan 1Malaysia dan lain-lain. Begitu juga halnya dengan khidmat siaran radio yang harus dikembalikan zaman gemilangnya bagi memaklum, menghibur dan mendidik masyarakat. Dengan 32 stesen radio milik RTM suatu penilaian semula harus dibuat untuk melakukan penyegaran.
Pengarah-pengarah wilayah dan Ketua-ketua Radio Malaysia di negeri-negeri mesti bingkas bangun dan membawa inovasi baru. Inilah mesej kita. Inilah visi kita untuk rakyat. Piala & Trofi Lama RTM sudah banyak menggondol kejayaan di masa lampau, terutama sebelum munculnya penyiar penanding seperti ASTRO dan stesen-stesen Media Prima. Dalam pada itu kita tidak harus hidup hanya dengan piala atau trofi lama. Piala, trofi dan testimonial baru harus kita perolehi bagi RTM segera.
Suntikan bahan penyegar yang baru harus difikirkan. Struktur korporat RTM, tenaga manusianya, penghasilannya, kewangannya, kualiti, kaedah dan daya tarikan penyampaian siarannya, kandungan programnya dan lain-lain aspek harus menjadi pokok perbincangan pemukiman ini. Begitu juga masalah kawasan lindungan siarannya. Ibarat manusia, RTM sudah jadi lebih dewasa, lebih berusia dan lebih besar. Soalnya adakah ia memenuhi petua perjuangan moden? Cukin lama cukin diambil, Makin lama makin berhasil Dalam bahasa modennya, makin lama makin produktif.
Daya Tarikan dan Penghasilan Kerja Purata RTM berada ditahap nombor tiga jika dibanding dengan ASTRO dan stesen-stesen swasta Media Prima. Sama ada dilihat kajian data Nielson atau yang lain dari sudut jumlah tontonan, hakikat ini sudah dipancangkan sebagai pengetahuan umum. Dengan perbelanjaan sebesar yang dinyatakan di awal ucapan ini, seharusnya ada ikutan kepada prinsip quid pro quo iaitu prinsip kesetimpalan antara habuan dan hasil kerja. Dengan lain pengertian mesti ada kaitan setimpal antara habuan dan produktiviti.
Ada golongan kita yang berfikir, lantaran kerajaan membiayai 4,900 kaki tangan RTM di seluruh negara serta bagi setiap rancangannya, maka siarannya, di musim hujan atau panas, tetap berjalan. Gaji tetap dibayar walaupun kita dikalahkan oleh penyiar lain, walaupun rancangan kita tidak berapa ditonton rakyat lagi.Justeru perkara pertama yang harus ditebus semula ialah lagi ramai warga kerja kita maka produk kita juga harus lebih popular dan mempunyai daya tarikan yang lebih tinggi dan lebih meluas. Merubah dan membawa perubahan adalah misi kita di pemukiman ini demi survival RTM dan warga kerjanya yang lebih 4,900 itu.
Penyiaran Digital Pada tahun 2015 dijangka sistem penyiaran analog akan dihentikan dan penyiaran digital akan muncul sepenuhnya. Adakah kita semua sudah sedia untuk peralihan ini? Pihak pentadbiran harus menyediakan latihan dan kursus-kursus canggih untuk peralihan ini.
Sebagai langkah utama, kerajaan akan membuka bidaan Request for Approval(RFP) supaya perancangan pembangunan yang kosnya sekitar 1.2 billion ringgit itu disumberkan daripada pelaburan swasta yang mahu bersama kerajaan dalam menentukan supaya penyiaran digital RTM masa depan dikongsi bersama.
RTM akan beroleh tidak kurang dari 12 saluran digital dan Media Prima 6. Digital Master Broadcasting Hub atau DMBH akan tetap dikawal kerajaan demi keselamatan dan kuasa mutakhir penyiaran. Dalam konteks inilah RTM harus bersedia untuk melalui proses penswastaan sebahagian aspek khidmatnya. Ini bermakna fasa-fasa penswastaannya akan dijalankan secara berperingkat-peringkat termasuk aspek-aspek peralatan, gelombang atau spectrum, seterusnya koordinasi antara penyiar, kakitangan dan tenaga kerjanya.Walau bagaimanapun, Jemaah Menteri akan menimbang syor Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) secara objektif supaya kepentingan kerajaan dalam dunia penyiaran digital tidak negatif atau merugikan. Dalam hal ini, penjadualan siaran digital TV dan radio yang dijangka bermula sepenuhnya pada tahun 2015 bersama Negara-negara ASEAN yang lain, akan melibatkan proses yang dinamakan tutup analog (analogue switch off).
Perkara ini telah sempat di maklumkan kepada Majlis Ekonomi yang dipengerusikan Perdana Menteri bulan lalu dan semua kertas perancangannya kini sedang disediakan. Dengan perkembangan ini warga RTM haruslah berupaya melaksanakan perkara-perkara berikut:
Dana Industri Kreatif Dengan pelbagai
dana kreatif yang telah disediakan Kerajaan di samping Dasar Industri Kreatif
(DIK), termasuk RM200 juta yang wujud di bawah pengawasan KPKK dan Bank
Simpanan Nasional (BSN) serta RM100 juta lagi di bawah kelolaan Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), program dan kandungan masa depan
harus beroleh pembaharuan dalam aspek kecekapan menyenggara dan mencipta
bahan-bahan siaran yang mencerminkan kandungan tempatan. Lebih ramai pengamal
industri kandungan harus mengambil bahagian. RTM tidak harus bergantung kepada
bahan-bahan siaran luaran yang melebihi nisbah munasabah tertentu. Cuma
bahan-bahan ini hendaklah dari kelas yang hebat, kreatif dan inovatif. Untuk
ini, suatu azam nasional harus wujud dan diwujudkan. Daya upaya kita perlu
ditingkatkan dan bersedia menerima kritikan membina. Pihak-pihak yang berkarya
secara kreatif harus dikenalpasti dan dilibatkan untuk menjawab soalan:
1. Adakah RTM bersedia menerbitkan rancangan-rancangan baru yang berorientasikan digital serta pengkisahan secara yang lebih kontemporari, menarik generasi muda, kanak-kanak, bakat-bakat baru di samping memuaskan tuntutan kerajaan sebagai penaja utama kita?
2. Apakah latihan-latihan baru yang
diperlukan yang telah dan sedang diatur untuk kakitangan kita?
3. Apakah hadangan-hadangan kewangan,
prosedur dan lain-lain yang perlu diatasi supaya kandungan RTM menerusi
rancangan-rancangannya dapat berlumba dan lebih menarik?
4. Bagaimana mempopularkan penerimaan
1Malaysia, nilai-nilai murni, bahasa Kebangsaan, Rukun Negara dan Seni Budaya?
Struktur dan Perubahan Dalaman Dunia
penyiaran di seluruh dunia telah berubah banyak dari segi pentadbiran, dasar
perolehan, kewangan, kandungan, kaedah pengumpulan dan penyampaian berita.
Lihat saja siaran dan sajian-sajian BBC, CNN atau Singapore Broadcasting
Corporation (SBC), Nippon Hoso Kyokai(NHK) dan lain-lain. Sementara RTM yang
merupakan penyiar kerajaan, tidak semestinya kandungan siarannya tampak lembab
atau tidak menarik. Yang melembabkan siaran ialah hasil kerja yang berpunca
dari tenaga manusia yang tidak kurang berkeupayaan, bukan alat. Alat boleh
ditukar ganti tetapi petugas siaran tidak semudah itu.
Justeru sesuatu harus dilakukan dari sudut struktur. Bagi RTM untuk berlumba dan berjaya dalam dunia penyiaran harus mempunyai keupayaan dan struktur baru. Keupayaannya sebagai sebuah jabatan kerajaan sudah disaksikan zaman. Setakat ini penghargaan terhadap khidmatnya harus diberikan. Seperti yang dibayangkan tadi, struktur masa depannya perlu dikaji dan disyorkan kepada kerajaan. Dalam bentuknya yang kini RTM tidak akan mudah berjaya dalam perlumbaan dunia penyiaran digital. Ini adalah kerana kekangan-kekangan birokrasi yang wujud akan menghadang kemajuannya. Tatacara kewangan dan kawalan perbelanjaannya yang lama sehingga memakan masa yang lama sebelum mendapat kelulusan juga berupa aral dalam perlumbaan ini. Proses mengambil tindakan cekap dan pantas tiada di dalam skim yang ada.
Menyedari akan hal-hal sedemikian, banyak negara telah lama beralih kepada pewujudan Perbadanan Penyiaran seperti terdapat di Singapura, Korea, Jepun dan banyak lagi. Justeru peralihan kepada sebuah perbadanan penyiaran yang terkawal adalah satu-satunya pilihan yang wajar untuk masa depan dengan kuasa-kuasa serta fungsi yang sejajar dengan kemajuan dunia digital dan penyiaran korporat.
Namun, kuasa mutakhir hendaklah terus wujud pada kerajaan. Syor memperbadankan RTM dengan kemampuan yang lebih produktif, effisien dan mampu bersaing sudah pun ada semenjak beberapa tahun lalu. Cuma kini kertas syor itu harus dikemaskini sesuai dengan dasar-dasar transformasi kerajaan yang sedang dilaksanakan.
Langkah-Langkah Penstrukturan Interim (sementara) Sementara proses penstrukturan RTM itu diputuskan nanti oleh kerajaan melalui dasar pendigitalan dan kepentingan kerajaan, ada beberapa kerja rumah dalaman yang juga harus dilaksanakan segera. Bahagian Berita, Hal Ehwal Semasa(HES), dasar perolehan bahan-bahan siaran termasuk drama swasta, telemovie, dokumentari, filem dan produk tempatan perlu dikendalikan mengikut lunas-lunas yang mempopularkan RTM di kaca mata rakyat.
Semua sajian hendaklah membawa kesan-kesan menarik dan membantu kerajaan. Khidmat Berita dan HES di Angkasapuri perlu dikendalikan di bawah usahasama swasta-RTM supaya beberapa kemampuan dan pendekatan baru dapat digarap dan dimanfaatkan. Begitu juga TVi dan beberapa program kesukaan rakyat harus disediakan dalam konteks menangmenang di samping bermotifkan perpaduan wilayah.
Sistem pentadbiran kewangan dan perolehan RTM yang berkuatkuasa pada masa ini didapati tidak berubah semenjak berpuluh tahun lalu sedangkan perubahan dan teknik penyiaran baru yang memerlukan tindakan pantas amat diperlukan. Perbandingan kakitangan siaran berita/hal ehwal semasa penyiar swasta akan melahirkan kesedaran bahawa anggota kita ramai tetapi tidak mencapai hasil produktif dalam pengertian penyiaran yang bertaraf antarabangsa. Drama & Telemovie TV berkaitan drama atau telemovie dan filem yang dibayar RTM tidak kurang RM165 juta setahun, penilaian baru akan dilakukan. Lantaran sebahagian besar drama- drama yang disiarkan kini tidak menarik.
Sebahagian peruntukan tersebut harus dihalusi semula dalam tindakan ubahsuai belanjawan supaya Bahagian Berita dan HES yang hanya mendapat RM4 juta setahun diberi layanan yang lebih adil memandangkan betapa pentingnya tanggungjawab Berita dan HES untuk kerajaan dan negara. Saya melihat kecenderungan RTM kepada sukan agak keterlaluan. RM 28 juta dirancang untuk agihan pelbagai rancangan sukan. Saya mencadangkan RTM hanya melibatkan diri dalam beberapa rancangan sukan utama supaya pemerkasaan rancangan drama dan telemovie lain dilakukan. Aspek kewangan melalui projek kesukanan ini harus beroleh sandaran dan sokongan swasta melalui kegigihan pengiklanan.
Tema-tema kerakyatan berbilang kaum, konflik dan penyelesaian hidup tidak diberi penekanan sehingga drama ditaja dan dibeli kerana perolehan drama dan telemovie sudah menjadi tradisi. Semenjak saya perkenalkan drama swasta pada tahun 1984, ianya diakui sudah kembang maju tetapi kini ia memerlukan pendekatan baru dalam penentuan mana yang menarik dan mana yang harus ditinggalkan. Pelbagai pihak terus merayu supaya syarikat mereka diberi hak menerbitkan beratus jam drama atau telemovie. Kebiasaan ini tidak adil kerana pengeluar-pengeluar drama lain yang kreatif tidak berpeluang hidup dan menjana kebolehan.
Oleh itu, sementara beberapa drama yang telah diperakukan sambutan hebat dari segi penonton akan dibenarkan, had 13 episod bagi ujian pertama akan diteruskan. Jika mendapat sambutan potensi untuk sambungan 13 episod lagi dipertimbangkan. Namun panel penilai perlu memperakukan ciri-ciri kepelbagaian masyarakat di dalam sesebuah drama itu.
Drama Melayu, Cina, India serta masyarakat Sabah Sarawak mesti ditegaskan terkandung di dalam persembahan drama TV akan datang. Berita & Hal Ehwal Semasa (HES) Sementara dasar berita dan hal ehwal semasa harus tetap di tangan kerajaan, olahan, gaya, elemen siaran, kandungan dan bab-bab lain dalam penyiaran berita/hal ehwal semasa yang menarik boleh dikendalikan oleh professional. Ke arah itu langkah-langkah berikut harus diberi perhatian segera:
1. Perancangan sajian berita dan HES harus dibuat sehari sebelum siaran dengan meneliti takwim peristiwa dan para pemimpin negara, berita kemanusiaan, kepentingan warga muda, signifikan kegiatan badan-badan bukan kerajaan (NGO), masyarakat pelbagai kaum, seni budaya dan peristiwa-peristiwa penting yang wajar beroleh sajian khas atau penonjolan istimewa yang lain;
2. Sediakan treatment atau olahan bersekutu
sebelum peristiwa itu dibuat liputan: Penerbit mesti peka dengan sumbernya. Apa
sudut yang menarik? Apa soalan yang elok dikemukakan kepada pembesar atau
pemimpin? Apa komen orang ramai yang relevan dimasukkan? Siapa yang akan turut
hadir untuk diberi sebutan. Adakah elemen kemanusiaan yang terlibat? Apa ayat
penyegar yang harus disebut semasa menyampaikan berita?
3. Pilih petugas RTM di negeri-negeri yang
berkemampuan sebagai penyiar atau broadcaster yang mempunyai kendalian baru;
4. Radio perlu merakam secara jelas sesuatu
wawancara itu. Beritanya tak semestinya sama dengan berita TV. Kalau berita
radio semuanya sama dengan berita TV, orang tak akan rasa terpanggil untuk
mendengar siaran radio lagi, lantas radio akan malap. Radio mempunyai daya
tarikannya yang tersendiri justeru bahagian radio harus mempelopori pelbagai
aspek untuk meningkatkan pendengaran radio;
5. Susunan berita utama harus jangan
mengikut protokol very important person(VIP) tetapi mengikut kebernasan tajuk
berita;
6. Unit bukan Melayu di Bahagian Berita/HES
perlu diperkasakan lagi supaya hidangan berita untuk Bukan Melayu juga bernas
dan berkesan;
7. Teknik atau pendekatan baru perlu
dikemukakan kepada juru kamera RTM supaya penggambarannya menarik dan membawa
lunas penceritaan yang menarik;
8. Ketua Bahagian Berita, seharusnya
individu yang pantas dan cekap, bertanggungjawab terus kepada Menteri. Maudhuk
1Malaysia menjadi ibusawat pemberitaan bersekali dengan semua program
transformasi yang dijalankan kerajaan. RTM mesti jual 1Malaysia melalui
pemberitaan dan HES;
9. Peruntukan bagi Berita dan HES
diperbesar. Ambilan dari sukan dan pembelian filem dilakukan. Harus
berkemungkinan bahawa Bahagian Berita dikelolakan oleh satu tenaga yang
berasingan supaya khidmat ini dapat dijadikan tulang belakang penyiaran RTM.
Jika kita melihat syarikat-syarikat atau perbadanan penyiaran dunia, bahagian
beritanyalah yang paling diberi perhatian hingga muzik pengenalannya juga
dicipta khas. Penyampaian dan olahan bahan dikendalikan mengikut kreativiti
yang menyentuh perasaan.
Hal Ehwal Semasa Sehubungan itu HES
hendaklah diberi nafas baru supaya ia menjadi penyumbang bahan siaran yang
saling melengkapi kepada Bahagian Berita. Kegiatan penyediaan dokumentari atau
majalah HES perlu berada di tahap hebat. Jika dilihat tenaga manusia yang ada
di HES ianya sudah cukup untuk mewujudkan satu lagi stesen TV di negara ini.
Mulai kini bahan-bahan dokumentari, majalah atau hidangan khas hendaklah
dikendalikan lebih meluas dan bermutu. Misalnya, HES sendiri boleh menyediakan
beberapa dokumentari seminggu untuk tontonan darihal pelbagai isu dan tajuk
kehidupan kita.
Untuk itu dari sekian ramai petugas HES, wajar dilatih mereka yang berkebolehan menulis skrip dokumentari yang baik. Tentunya, bab ini Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) boleh berinteraksi dengan RTM untuk mengeluarkan penulis-penulis skrip dokumentari yang berhasil. Berita dan HES hendaklah seperti isi dan kuku, sentiasa rapat dan mampu menyediakan sajian pemberitaan atau persembahan dokumentari/majalah khas.
Sebahagian tugasan ini sebenarnya sudahpun dilaksanakan oleh RTM, cuma kini gesaan dan hasilan barunya ditingkatkan ke peringkat hebat. Di samping itu iklan-iklan membina negara bangsa perlu diperbanyak. Dasar ini harus diberi penegasan melalui selitan pendek tentang nilai-nilai murni, cintakan warisan dan seni budaya, montage 1Malaysia dan perpaduan, Rukun Negara, lambang-lambang kenegaraan dan lain-lain. Suara para pemimpin, seniman dan orang-orang kenamaan, pemimpin belia misalnya yang dirasai membantu dalam usaha membina negara bangsa perlu diketengahkan termasuk siaran radio.
Penyediaan prasarana siaran Jika tiada ASTRO, kemungkinan senarai kawasan yang masih tidak dapat menerima siaran RTM jauh lebih tinggi berbanding dengan sekarang. Malangnya tidak semua rakyat pedalaman yang mampu melanggan ASTRO. Lagipun jika mereka melanggan ASTRO besar kemungkinan mereka lebih tertumpu tontonannya kepada program ASTRO sendiri dan bukan kepada siaran kita. Oleh yang demikian, demi kesejagatan, Jabatan Penyiaran mesti terus peka dan bertindak supaya siaran RTM di Sabah dan Sarawak beroleh peningkatan di kawasan-kawasan solok dan ulu. Penembusan rakyat melalui Rentas Kampus/ Kampung.
Sehubungan ini, Jabatan Penyiaran boleh membantu RTM mewujudkan kedai ole-ole bagi sekian ramai pelawat ke RTM saban minggu. Bahan kenang-kenangan RTM banyak, justeru, CD atau DVD Orkestra RTM dari hal Bintang RTM, Bakat Baru RTM, Kaki Lawak RTM dan sebagainya boleh dijadikan sebagai bahan-bahan utama dalam rancangan ini. Jika di premis CNN atau BBC anda tentu boleh membeli bahan seperti yang saya huraikan ini untuk dibawa pulang oleh pelawat. Kenapa kita tak boleh lakukan yang sama sekalipun melalui sokongan mana-mana pihak swasta? Kita bukan berada di suatu retreat seperti yang biasa disebut-sebut oleh beberapa kaki tiru bahasa. Retreat sebenarnya bererti undur ke belakang atau beristirehat atau santai secara kumpulan. Kita bukan ke mari untuk undur, istirehat atau santai. Kita ke sesi ini untuk mencari jalan bagaimana RTM boleh muncul sebagai penyiar utama di negara kita. Ketua Setiausaha (KSU) dan rakan-rakan pentadbir akan melunaskan panduan ini sehingga berjaya.
Saya akhiri ucapan panduan ini dengan kata-kata ransangan: Rancangkan kerja anda, kemudian kerjakan rancangan anda (Plan your work, then work your plan).
Memperkasakan Dunia Penyiaran Secara
Kreatif dan Inovatif RADIO TELEVISION MALAYSIA (RTM) sudah 65 tahun usianya.
Awal-awal lagi kita harus merakamkan penghargaan yang tinggi kepada institusi
penyiaran ulung ini. Sebelum adanya saluran stesen Media Prima dan ASTRO,
RTMlah yang jaguh. Tersohor program dan tersohor personaliti seperti Abu Bakar
Ahmad, Zaharah Zaaba, Siti Hawa Zain, Murtaza Zaaba, Zainal Alam, SM Salim dan
ramai lagi. Kita dikelakari oleh tiga sekawan, Jamali Shadat dan disenandungi
sekian ramai penyanyi dan penghibur yang kini sudah masyhur dan ternama.Malah RTM sinonim dengan pencapaian
tinggi dunia penyiaran tanah air. Siapa tak kenal Orkestra RTM, Bintang Radio,
Bintang RTM dan banyak lagi entiti penyiaran yang sudah mencapai tahap institusi.
Peranannya memaklum mendidik dan menghibur sekian lama telah kita kecapi dan
hargai. Tetapi semenjak RTM disaingi oleh pihak-pihak yang saya sebutkan tadi,
serlahan dan pencapaiannya telah mula beralih ke alam tangkap muat dan bikin
ala kadar sahaja. Olahan, pendekatan, kandungan, alatan dan aspek-aspek
kepelbagaian sudah banyak yang terlangkau dan ketinggalan. Bilangan penonton
kita sudah mula menurun, penghasilan dan mutu program kita sudah mula
dipertikai oleh sesetengah pihak; golongan muda mengalih sasaran tetapi RTM
tidak mampu menghidangkan apa yang mereka inginkan di dalam sesuatu stesen
penyiaran seperti RTM. Kemampuan kita untuk memaklumi, mendidik dan menghibur
masyarakat bukan Melayu juga kerap dipersoal orang.
Seterusnya pengenalan langkah-langkah inovatif dan kreatif sudah mula jauh dari capaian kita. Syukur, melalui TVi sedikit perubahan telah berlaku namun ia juga perlu dibaik pulih agar mencapai matlamat dasarnya diwujudkan, yakni perpaduan wilayah serta sajian untuk generasi muda. Bukan Mengajar Itik Berenang Lantaran itu kita adakan pemukiman ini. Kita hendak mencari jalan bagaimana perubahan berkesan dapat dilakukan dalam tempoh terdekat.Perubahan struktur dan hayaraki RTM perlu dikaji semula dalam konteks pencapaian dan kemampuannya dengan skim belanjawan RM560 juta yang dibekalkan kerajaan untuk gaji dan pelbagai rancangan bekalan dan program. Mungkin ada pihak yang masih berpegang teguh kepada bidalan jangan diajar itik berenang atau lantaran sudah lama makan garam maka tak harus disaran atau dialurkan untuk perubahan. Pendirian ini jangan dipakai sangat. Lebih dewasa atau lebih tua sesuatu institusi itu lantasia harus lebih hebat dan lebih berjaya membawa perubahan yang harus diterima rakyat. Lantaran itu kita semua harus bersedia berubah ke arah pencapaian dan hasil yang lebih menguntungkan selaras dengan Pelan Transformasi Kerajaan yang diupayai kerajaan pada masa ini.Pagi ini saya bukan hendak mengajar itik berenang. Sekadar nak memandu ke arah mana itik itu nak berenang. Dikhuatiri itik yang sedang berenang tanpa panduan dan haluan mungkin hilang disambar biawak atau ditangkap dan dibaham buaya atau lebih menyedihkan dihanyutkan begitu saja oleh air deras dengan peel kebiasaan yang mengandungi dengusan: Kami sudah lama di RTM, kami tahu apa nak buat. Pada satu pihak pelanggan utama kita ialah Kerajaan Malaysia, yakni kerajaan yang dipilih rakyat setiap lima tahun sekali. Kerajaan Malaysia dan rakyat yang dikhidmatinya harus kita puaskan hati mereka. RTM mesti memuaskan hati kedua-dua pihak ini jika mahu terus relevan dan disegani dan diterima pakai oleh mereka.Pendeknya, kerajaan melalui Jemaah Menteri dan rakyat yang dikhidmati mesti puas hati dengan khidmat RTM, institusi penting yang berkhidmat tanpa mencari keuntungan kewangan tetapi sebaliknya mencari dan mendapatkan sokongan rakyat secara inovatif dan kreatif.
Pihak ketiga ialah warga kerja atau tenaga khidmat RTM yang kini berjumlah 4,907 orang di Angkasapuri dan di seluruh pelusuk tanah air. Gaji warga RTM dan pengurusan ialah RM155.3 juta tahun ini. RM65.1 juta untuk operasi siaran dan RM90.3 juta untuk khidmat pengurusan. Saya telah buat kerja rumah di akhir-akhir ini, tidak ada stesen radio dan televisyen(TV) di mana-mana di dunia ini yang mempunyai warga kerjanya seramai di RTM. Media Prima dan ASTRO di negara ini masing-masing mempunyai tenaga kerja sekitar 980 ke 1,200 orang. British Broadcasting Corporation(BBC) sekitar 1900, Cable News Network(CNN) 1,900. Jadi kita di RTM sudah pecah rekod dari segi bilangan warga kerja.Tetapi soalnya adakah kini khidmat kita setinggi rekod bilangan petugas kita? Adakah rancangan atau program kita beroleh nilaian atau rating yang setimpal? Bagaimana Key Performance Indicator(KPI) pegawai-pegawai tinggi dan penerbit-penerbit rancangan, pengacara-pengumum atau DJ serta para penyampai kita? Apakah rancangan-rancangan RTM yang tersohor, yang beroleh penerimaan dan nilaian tinggi rakyat? Adakah masyarakat berbilang kaum menonton RTM melalui berita dan program-program tertentu mengikut tontonan yang berjumlah besar? Adakah generasi muda tertarik dengan rancangan-rancangan yang disiarkan?Isu-isu ini menjadi relevan justeru harus diambil perincian dan tindakan. Adakah rancangan kanak-kanak kita membuat kanak-kanak mahu menonton kita? Inilah di antara soalan yang menusuk pemikiran saya sebagai Menteri Penerangan kali kedua dalam sejarah karier politik saya. Kita yang di dewan ini semuanya menerima khidmat dan jasa RTM secara langsung atau tidak langsung. Sebahagian besar dalam kalangan kita merupakan kapitan atau ketua-ketua penyiaran. Apa tunjuk ajar atau panduan yang diberi oleh Ketua-ketua Bahagian kepada petugas-petugas bawahan seperti pengawal berita radio dan TV, juru kamera, penulis skrip dokumentari pendek dan sebagainya? Interaksi dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas mesti diamalkan. Sesi-sesi perbincangan untuk mencari persembahan yang inovatif dan kreatif harus menjadi amalan. Mengarah semata-mata tidak lagi merupakan sikap membina di dunia serba bersalingan ini.
Pucuk paku kacang belimbing
Tudung saji hanyut terapung
Anak dipangku kemenakan dibimbing
Barulah maju seluruh kampung
Pada masa menonton berita, RTM seharusnya menjadi pilihan bukan saja untuk mengetahui apa dasar-dasar kerajaan penting yang dilibatkan tetapi juga hal-hal menarik seperti cerita kemanusiaan, perubahan pasaran, jenayah, kisah-kisah remaja, cetusan gagasan 1Malaysia dan lain-lain. Begitu juga halnya dengan khidmat siaran radio yang harus dikembalikan zaman gemilangnya bagi memaklum, menghibur dan mendidik masyarakat. Dengan 32 stesen radio milik RTM suatu penilaian semula harus dibuat untuk melakukan penyegaran.
Pengarah-pengarah wilayah dan Ketua-ketua Radio Malaysia di negeri-negeri mesti bingkas bangun dan membawa inovasi baru. Inilah mesej kita. Inilah visi kita untuk rakyat. Piala & Trofi Lama RTM sudah banyak menggondol kejayaan di masa lampau, terutama sebelum munculnya penyiar penanding seperti ASTRO dan stesen-stesen Media Prima. Dalam pada itu kita tidak harus hidup hanya dengan piala atau trofi lama. Piala, trofi dan testimonial baru harus kita perolehi bagi RTM segera.
Suntikan bahan penyegar yang baru harus difikirkan. Struktur korporat RTM, tenaga manusianya, penghasilannya, kewangannya, kualiti, kaedah dan daya tarikan penyampaian siarannya, kandungan programnya dan lain-lain aspek harus menjadi pokok perbincangan pemukiman ini. Begitu juga masalah kawasan lindungan siarannya. Ibarat manusia, RTM sudah jadi lebih dewasa, lebih berusia dan lebih besar. Soalnya adakah ia memenuhi petua perjuangan moden? Cukin lama cukin diambil, Makin lama makin berhasil Dalam bahasa modennya, makin lama makin produktif.
Daya Tarikan dan Penghasilan Kerja Purata RTM berada ditahap nombor tiga jika dibanding dengan ASTRO dan stesen-stesen swasta Media Prima. Sama ada dilihat kajian data Nielson atau yang lain dari sudut jumlah tontonan, hakikat ini sudah dipancangkan sebagai pengetahuan umum. Dengan perbelanjaan sebesar yang dinyatakan di awal ucapan ini, seharusnya ada ikutan kepada prinsip quid pro quo iaitu prinsip kesetimpalan antara habuan dan hasil kerja. Dengan lain pengertian mesti ada kaitan setimpal antara habuan dan produktiviti.
Ada golongan kita yang berfikir, lantaran kerajaan membiayai 4,900 kaki tangan RTM di seluruh negara serta bagi setiap rancangannya, maka siarannya, di musim hujan atau panas, tetap berjalan. Gaji tetap dibayar walaupun kita dikalahkan oleh penyiar lain, walaupun rancangan kita tidak berapa ditonton rakyat lagi.Justeru perkara pertama yang harus ditebus semula ialah lagi ramai warga kerja kita maka produk kita juga harus lebih popular dan mempunyai daya tarikan yang lebih tinggi dan lebih meluas. Merubah dan membawa perubahan adalah misi kita di pemukiman ini demi survival RTM dan warga kerjanya yang lebih 4,900 itu.
Penyiaran Digital Pada tahun 2015 dijangka sistem penyiaran analog akan dihentikan dan penyiaran digital akan muncul sepenuhnya. Adakah kita semua sudah sedia untuk peralihan ini? Pihak pentadbiran harus menyediakan latihan dan kursus-kursus canggih untuk peralihan ini.
Sebagai langkah utama, kerajaan akan membuka bidaan Request for Approval(RFP) supaya perancangan pembangunan yang kosnya sekitar 1.2 billion ringgit itu disumberkan daripada pelaburan swasta yang mahu bersama kerajaan dalam menentukan supaya penyiaran digital RTM masa depan dikongsi bersama.
RTM akan beroleh tidak kurang dari 12 saluran digital dan Media Prima 6. Digital Master Broadcasting Hub atau DMBH akan tetap dikawal kerajaan demi keselamatan dan kuasa mutakhir penyiaran. Dalam konteks inilah RTM harus bersedia untuk melalui proses penswastaan sebahagian aspek khidmatnya. Ini bermakna fasa-fasa penswastaannya akan dijalankan secara berperingkat-peringkat termasuk aspek-aspek peralatan, gelombang atau spectrum, seterusnya koordinasi antara penyiar, kakitangan dan tenaga kerjanya.Walau bagaimanapun, Jemaah Menteri akan menimbang syor Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) secara objektif supaya kepentingan kerajaan dalam dunia penyiaran digital tidak negatif atau merugikan. Dalam hal ini, penjadualan siaran digital TV dan radio yang dijangka bermula sepenuhnya pada tahun 2015 bersama Negara-negara ASEAN yang lain, akan melibatkan proses yang dinamakan tutup analog (analogue switch off).
Perkara ini telah sempat di maklumkan kepada Majlis Ekonomi yang dipengerusikan Perdana Menteri bulan lalu dan semua kertas perancangannya kini sedang disediakan. Dengan perkembangan ini warga RTM haruslah berupaya melaksanakan perkara-perkara berikut:
- Menyesuaikan diri dan keupayaan untuk bertugas dalam suasana digital yang canggih. Mereka perlu melalui zaman peralihan dan latihan menyeluruh;
- Menjalani latihan produktiviti dan kemahiran siaran digital;
- Bertugas mengikut selera dan suasana swasta, yakni mementingkan keberhasilan yang berkualiti.
1. Adakah RTM bersedia menerbitkan rancangan-rancangan baru yang berorientasikan digital serta pengkisahan secara yang lebih kontemporari, menarik generasi muda, kanak-kanak, bakat-bakat baru di samping memuaskan tuntutan kerajaan sebagai penaja utama kita?
Justeru sesuatu harus dilakukan dari sudut struktur. Bagi RTM untuk berlumba dan berjaya dalam dunia penyiaran harus mempunyai keupayaan dan struktur baru. Keupayaannya sebagai sebuah jabatan kerajaan sudah disaksikan zaman. Setakat ini penghargaan terhadap khidmatnya harus diberikan. Seperti yang dibayangkan tadi, struktur masa depannya perlu dikaji dan disyorkan kepada kerajaan. Dalam bentuknya yang kini RTM tidak akan mudah berjaya dalam perlumbaan dunia penyiaran digital. Ini adalah kerana kekangan-kekangan birokrasi yang wujud akan menghadang kemajuannya. Tatacara kewangan dan kawalan perbelanjaannya yang lama sehingga memakan masa yang lama sebelum mendapat kelulusan juga berupa aral dalam perlumbaan ini. Proses mengambil tindakan cekap dan pantas tiada di dalam skim yang ada.
Menyedari akan hal-hal sedemikian, banyak negara telah lama beralih kepada pewujudan Perbadanan Penyiaran seperti terdapat di Singapura, Korea, Jepun dan banyak lagi. Justeru peralihan kepada sebuah perbadanan penyiaran yang terkawal adalah satu-satunya pilihan yang wajar untuk masa depan dengan kuasa-kuasa serta fungsi yang sejajar dengan kemajuan dunia digital dan penyiaran korporat.
Namun, kuasa mutakhir hendaklah terus wujud pada kerajaan. Syor memperbadankan RTM dengan kemampuan yang lebih produktif, effisien dan mampu bersaing sudah pun ada semenjak beberapa tahun lalu. Cuma kini kertas syor itu harus dikemaskini sesuai dengan dasar-dasar transformasi kerajaan yang sedang dilaksanakan.
Langkah-Langkah Penstrukturan Interim (sementara) Sementara proses penstrukturan RTM itu diputuskan nanti oleh kerajaan melalui dasar pendigitalan dan kepentingan kerajaan, ada beberapa kerja rumah dalaman yang juga harus dilaksanakan segera. Bahagian Berita, Hal Ehwal Semasa(HES), dasar perolehan bahan-bahan siaran termasuk drama swasta, telemovie, dokumentari, filem dan produk tempatan perlu dikendalikan mengikut lunas-lunas yang mempopularkan RTM di kaca mata rakyat.
Semua sajian hendaklah membawa kesan-kesan menarik dan membantu kerajaan. Khidmat Berita dan HES di Angkasapuri perlu dikendalikan di bawah usahasama swasta-RTM supaya beberapa kemampuan dan pendekatan baru dapat digarap dan dimanfaatkan. Begitu juga TVi dan beberapa program kesukaan rakyat harus disediakan dalam konteks menangmenang di samping bermotifkan perpaduan wilayah.
Sistem pentadbiran kewangan dan perolehan RTM yang berkuatkuasa pada masa ini didapati tidak berubah semenjak berpuluh tahun lalu sedangkan perubahan dan teknik penyiaran baru yang memerlukan tindakan pantas amat diperlukan. Perbandingan kakitangan siaran berita/hal ehwal semasa penyiar swasta akan melahirkan kesedaran bahawa anggota kita ramai tetapi tidak mencapai hasil produktif dalam pengertian penyiaran yang bertaraf antarabangsa. Drama & Telemovie TV berkaitan drama atau telemovie dan filem yang dibayar RTM tidak kurang RM165 juta setahun, penilaian baru akan dilakukan. Lantaran sebahagian besar drama- drama yang disiarkan kini tidak menarik.
Sebahagian peruntukan tersebut harus dihalusi semula dalam tindakan ubahsuai belanjawan supaya Bahagian Berita dan HES yang hanya mendapat RM4 juta setahun diberi layanan yang lebih adil memandangkan betapa pentingnya tanggungjawab Berita dan HES untuk kerajaan dan negara. Saya melihat kecenderungan RTM kepada sukan agak keterlaluan. RM 28 juta dirancang untuk agihan pelbagai rancangan sukan. Saya mencadangkan RTM hanya melibatkan diri dalam beberapa rancangan sukan utama supaya pemerkasaan rancangan drama dan telemovie lain dilakukan. Aspek kewangan melalui projek kesukanan ini harus beroleh sandaran dan sokongan swasta melalui kegigihan pengiklanan.
Tema-tema kerakyatan berbilang kaum, konflik dan penyelesaian hidup tidak diberi penekanan sehingga drama ditaja dan dibeli kerana perolehan drama dan telemovie sudah menjadi tradisi. Semenjak saya perkenalkan drama swasta pada tahun 1984, ianya diakui sudah kembang maju tetapi kini ia memerlukan pendekatan baru dalam penentuan mana yang menarik dan mana yang harus ditinggalkan. Pelbagai pihak terus merayu supaya syarikat mereka diberi hak menerbitkan beratus jam drama atau telemovie. Kebiasaan ini tidak adil kerana pengeluar-pengeluar drama lain yang kreatif tidak berpeluang hidup dan menjana kebolehan.
Oleh itu, sementara beberapa drama yang telah diperakukan sambutan hebat dari segi penonton akan dibenarkan, had 13 episod bagi ujian pertama akan diteruskan. Jika mendapat sambutan potensi untuk sambungan 13 episod lagi dipertimbangkan. Namun panel penilai perlu memperakukan ciri-ciri kepelbagaian masyarakat di dalam sesebuah drama itu.
Drama Melayu, Cina, India serta masyarakat Sabah Sarawak mesti ditegaskan terkandung di dalam persembahan drama TV akan datang. Berita & Hal Ehwal Semasa (HES) Sementara dasar berita dan hal ehwal semasa harus tetap di tangan kerajaan, olahan, gaya, elemen siaran, kandungan dan bab-bab lain dalam penyiaran berita/hal ehwal semasa yang menarik boleh dikendalikan oleh professional. Ke arah itu langkah-langkah berikut harus diberi perhatian segera:
1. Perancangan sajian berita dan HES harus dibuat sehari sebelum siaran dengan meneliti takwim peristiwa dan para pemimpin negara, berita kemanusiaan, kepentingan warga muda, signifikan kegiatan badan-badan bukan kerajaan (NGO), masyarakat pelbagai kaum, seni budaya dan peristiwa-peristiwa penting yang wajar beroleh sajian khas atau penonjolan istimewa yang lain;
Untuk itu dari sekian ramai petugas HES, wajar dilatih mereka yang berkebolehan menulis skrip dokumentari yang baik. Tentunya, bab ini Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) boleh berinteraksi dengan RTM untuk mengeluarkan penulis-penulis skrip dokumentari yang berhasil. Berita dan HES hendaklah seperti isi dan kuku, sentiasa rapat dan mampu menyediakan sajian pemberitaan atau persembahan dokumentari/majalah khas.
Sebahagian tugasan ini sebenarnya sudahpun dilaksanakan oleh RTM, cuma kini gesaan dan hasilan barunya ditingkatkan ke peringkat hebat. Di samping itu iklan-iklan membina negara bangsa perlu diperbanyak. Dasar ini harus diberi penegasan melalui selitan pendek tentang nilai-nilai murni, cintakan warisan dan seni budaya, montage 1Malaysia dan perpaduan, Rukun Negara, lambang-lambang kenegaraan dan lain-lain. Suara para pemimpin, seniman dan orang-orang kenamaan, pemimpin belia misalnya yang dirasai membantu dalam usaha membina negara bangsa perlu diketengahkan termasuk siaran radio.
Penyediaan prasarana siaran Jika tiada ASTRO, kemungkinan senarai kawasan yang masih tidak dapat menerima siaran RTM jauh lebih tinggi berbanding dengan sekarang. Malangnya tidak semua rakyat pedalaman yang mampu melanggan ASTRO. Lagipun jika mereka melanggan ASTRO besar kemungkinan mereka lebih tertumpu tontonannya kepada program ASTRO sendiri dan bukan kepada siaran kita. Oleh yang demikian, demi kesejagatan, Jabatan Penyiaran mesti terus peka dan bertindak supaya siaran RTM di Sabah dan Sarawak beroleh peningkatan di kawasan-kawasan solok dan ulu. Penembusan rakyat melalui Rentas Kampus/ Kampung.
Ada beberapa aspek khidmat RTM yang
terus menerus digemari rakyat. Sajian hiburannya melalui muzik, kuiz,
pencungkilan bakat, sajian kanak-kanak, forum rakyat dan lain-lain harus diberi
perhatian sebagai daya penarik kepada RTM. Bintang-bintang RTM boleh
diperkenalkan kepada kampus dan kampung pilihan. Membawa semua anggota Orkestra
RTM mungkin usaha yang mahal tetapi kumpulan-kumpulan kecil pemuzik RTM seperti
kombonya boleh dibawa ke Kampus-kampus untuk menjalin suasana kekitaan
1Malaysia atau berganding bahu sahaja dengan Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan
Negara(JKKN) dan program Komuniti 1Malaysia dalam program-program rakyatnya.
Penambahan peruntukan yang dialih dari segmen lain harus dilakukan jika usaha
ini menghadapi masalah belanjawan.
Sehubungan ini, Jabatan Penyiaran boleh membantu RTM mewujudkan kedai ole-ole bagi sekian ramai pelawat ke RTM saban minggu. Bahan kenang-kenangan RTM banyak, justeru, CD atau DVD Orkestra RTM dari hal Bintang RTM, Bakat Baru RTM, Kaki Lawak RTM dan sebagainya boleh dijadikan sebagai bahan-bahan utama dalam rancangan ini. Jika di premis CNN atau BBC anda tentu boleh membeli bahan seperti yang saya huraikan ini untuk dibawa pulang oleh pelawat. Kenapa kita tak boleh lakukan yang sama sekalipun melalui sokongan mana-mana pihak swasta? Kita bukan berada di suatu retreat seperti yang biasa disebut-sebut oleh beberapa kaki tiru bahasa. Retreat sebenarnya bererti undur ke belakang atau beristirehat atau santai secara kumpulan. Kita bukan ke mari untuk undur, istirehat atau santai. Kita ke sesi ini untuk mencari jalan bagaimana RTM boleh muncul sebagai penyiar utama di negara kita. Ketua Setiausaha (KSU) dan rakan-rakan pentadbir akan melunaskan panduan ini sehingga berjaya.
Saya akhiri ucapan panduan ini dengan kata-kata ransangan: Rancangkan kerja anda, kemudian kerjakan rancangan anda (Plan your work, then work your plan).
Comments
Post a Comment