Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2018

Memperkasakan Dunia Penyiaran Secara Kreatif dan Inovatif

Teks ucapan oleh YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim berikut diambil daripada laman sesawang  Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia  . Semoga bahan bacaan ini menjadi sumber rujukan umum. Memperkasakan Dunia Penyiaran Secara Kreatif dan Inovatif RADIO TELEVISION MALAYSIA (RTM) sudah 65 tahun usianya. Awal-awal lagi kita harus merakamkan penghargaan yang tinggi kepada institusi penyiaran ulung ini. Sebelum adanya saluran stesen Media Prima dan ASTRO, RTMlah yang jaguh. Tersohor program dan tersohor personaliti seperti Abu Bakar Ahmad, Zaharah Zaaba, Siti Hawa Zain, Murtaza Zaaba, Zainal Alam, SM Salim dan ramai lagi. Kita dikelakari oleh tiga sekawan, Jamali Shadat dan disenandungi sekian ramai penyanyi dan penghibur yang kini sudah masyhur dan ternama. Malah RTM sinonim dengan pencapaian tinggi dunia penyiaran tanah air. Siapa tak kenal Orkestra RTM, Bintang Radio, Bintang RTM dan banyak lagi entiti penyiaran yang sudah mencapai tahap institusi. Peranannya memaklum me

Ramadan 2018

Alhamdulilah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah inayahNya dan keizinanNya kita dipertemukan lagi dengan bulan ramadan. Pada tahun ini, penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Dato' Sri Syed Danial bin Syed Ahmad  Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad telah mengisytiharkan tarikh permulaan puasa bagi bulan Ramadan bagi tahun 1439 Hijrah di Malaysia adalah pada hari Khamis, 17 Mei 2018. Punca tengok berita adalah sebab nak tengok pengumuman penting Sebelum ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia menetapkan hari Selasa, 15 Mei 2018M bersamaan 29 Syaaban 1439H untuk melihat cerapan anak bulan di beberapa lokasi.  Kena tengok anak bulan Selasa 15 Mei  Berita rasmi pengisytiharan bulan ramadan tahun 2018 Masihi bersamaan 1439 Hijrah disiarkan secara langsung  di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 15 Mei 2018, Selasa jam 8 malam.  Tahun ini Tan Sri Syed Danial memakai baju Melayu biru  Di sini, Hamizah ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekasaran b