Assalamualikum and peace be upon you.
Hari ni nak post pasal resepi. Resepi buat kek! Cuti sem ni aku ada belajar buat kek dekat Kolej Komuniti Kuala Kangsar masa cuti sem bulan 1 hari tu. Aku dapat sijil weh lepas buat kek sedap-sedap tu!!! Ia sebagai tanda aku attend kursus sehari buat kek rainbow tu dan sebab paling penting kek aku sedap!
Baiklah puan-puan, hari ni saya nak share resepi nak buat rainbow cake.
Bahan-bahan yang kena ada berserta sukatannya: BAHAN A
1. Tepung gandum, 430 g
2. Baking powder, 4 tsp
3. Garam, 1/2 tsp
4. Mentega, 250 g
5. Gula kastor, 280 g
6. Susu segar, 375 ml
7. Putih telur, 5 biji
8. Esen vanila, 2 tsp
Ini pula bahan nak buat dia punya lapisan berkrim tu: BAHAN B
1. Gula kastor, 300 g
2. Air, 90 g
3. Putih telur, 140 g/4 biji
4. Mentega, 300 g
5. Shortening, 300 g
Lepas korang sukat, barulah kita boleh campurkan BAHAN A. Tapi sebelum start tu, there are some things that need to do!
- Make sure panaskan oven dulu dalam suhu 180 darjah.
- Susu dengan telur kena dalam suhu bilik.
- Gris loyang acuan sebelum masuk bancuhan.
- Mula-mula ayak tepung gandum dengan baking powder. At least ayak 3x bagi cukup syarat. Lepas ayak masukkan garam. Lepas tu gaulkan sebati.
- Pukul gula dan mentega sehingga gebu. Ini namanya proses creamy method. Eh, korang buat ni dalam mangkuk pengisar tau! Start dari speed 1 yang paling slow ke speed 3 yang paling laju.
- Speed 1 balik. Kasi slow. Masukkan esen vanila dan juga putih telur sedikit demi sedikit.
- Masukkan campuran tepung gandum berselang seli dengan susu segar dan putar sehingga sebati. Pastikan masa masuk selang-seli tu bahan yang terakhir ialah tepung, bukan susu last. Ni tips baking.
- Bahagikan adunan kepada 6 bahagian yang sama banyak. Campurkan warna yang bersesuaian ikut warna pelangi.
Adunan hijau pandan. |
Adunan biru langit. |
Adunan merah tak pekat. |
Adunan yang telah dibahagi-dibahagi. |
Sekarang kita nak belajar cara buat dia punya krim putih yang akan menyaluti pula. Rujuk BAHAN B. Cara-caranya ialah:
- Campurkan gula kastor dan air, masak sehingga menjadi air gula yang pekat selama 10 minit menggunakan api sederhana.
- Sediakan putih telur, putar (whisk) sehingga kembang dan bertanduk (soft peak meringue).
- Selepas air gula pekat, masukkan air gula tadi ke dalam adunan putih telur yang telah kembang tadi dengan halaju mixer yang tinggi. Teruskan sehingga menjadi bertanduk (medium peak meringue).
- Masukkan mentega dan shortening sedikit demi sedikit dan putar sehingga menjadi kembang dan sebati.
Langkah berjaga-jaga:
- Pastikan adunan telur putih tadi terkena dengan air gula yang panas. Tujuan menggunakan air gula yang panas ialah untuk memastikan telur putih itu masak (suhu 118 celsius).
- Boleh dicampurkan dengan esen vanilla. Tujuannya adalah bagi wangi dan bagi hilang bau telur.
- Boleh disimpan beberapa minggu dalam freezer. Pukul kembali selepas dinyahbekukan.
Adunan BAHAN B. |
Tadaa!!! Ni sebenarnya kek kedai. Bukan kek aku. Aku rujuk kek ni untuk susunan warna dan nak tunjukkan kegunaan BAHAN B. |
Nanti masa nak setup kek tu make sure susun ikut warna pelangi. Mereka Jumpa Katak Hijau Bawah Itu Ular. Hahahaha!!! Ini yang aku belajar ingat warna pelangi masa sekolah dulu. Merah, Jingga, Kuning, Hijau, Biru, Indigo, Ungu.
Dapat sijil penyertaan!!! |
So lepas ni kalau ada sesiapa nak belajar buat kek bolehlah belajar sehari suntuk dekat mana-mana cawangan kolej komuniti berhampiran anda. (Yang ada menawarkan). Nak tahu kursus apa yang ada sila masukkan nombor IC sahaja kemudian tekan `Hantar'. Aktiviti ni tak free, kena bayar.
Ni linknya: http://app.epsh.my/e_psh_v7s/Borang/default_xie.asp
Di sini aku ada kata-kata hikmat dari tukang masak pujaan aku. Begini katanya:
"Apabila di dapur, kita bukan sekadar memasak untuk melunaskan tanggungjawab terhadap keluarga tapi, kita sebenarnya bereksperimen dan berkarya tentang masakan." - Azlita Aziz
Selamat mencuba!
Di sini aku ada kata-kata hikmat dari tukang masak pujaan aku. Begini katanya:
"Apabila di dapur, kita bukan sekadar memasak untuk melunaskan tanggungjawab terhadap keluarga tapi, kita sebenarnya bereksperimen dan berkarya tentang masakan." - Azlita Aziz
Selamat mencuba!
Comments
Post a Comment