Skip to main content

Planning My Wedding Photoshoot and Ceremony at Masjid Ubudiah

Assalamualaikum and peace be upon you.

As you can read from the above post title, I’m planning and dreaming of my wedding!!!

Idea ni tercetus bila mana aku jalan-jalan sekitar Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Pemandangan dekat Bukit Chandan sangat cantik, sangat klasik dan sangat tenang! Bila sampai sana, jiwa kau akan rasa berada di zaman Hang Tuah. Royal classic-lah senang cakap. Tapi memang pun Bukit Chandan tempat raja-raja, kerabat-kerabatnya, menteri-menteri zaman dahulu kala membina kehidupan. One of the most captivating my eyes is Masjid Ubudiah.

Inilah dia Masjid Ubudiah
(gambar ni Google source image)


Sejarah Masjid Ubudiah

George Santayana pernah cakap – “Those who cannot remember the past are condemned to repeat it.” Pepatah ni selalu wujud dalam tiap-tiap chapter dalam buku Sejarah masa secondary school dulu. So, aku mesti nak ceritakan pada korang tentang kenapa terbinanya Masjid Ubudiah ni.


Masjid yang terindah di Negeri Perak ini terletak di sebelah kawasan permakaman Di Raja Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Masjid ini dibina di atas kehendak Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak ke-28 (1887-1916) kerana menunaikan nazar baginda.

Kerajaan Negeri Perak kemudian mengarah Colonel Huxley dari Pejabat Kerja Raya di Kuala Lumpur supaya merangka sebuah pelan masjid yang hendak didirikan itu. Tugas membuat pelan rekabentuknya telah diberikan kepada Hubbeclk, seorang arkitek kerajaan dan tugas melaksanakan bangunan itu pula diserahkan kepada Caufield sebagai ketua jurutera Negeri Perak ketika itu.

Pada hari Jumaat 26 September 1913, Sultan Idris Murshidul Azam Shah telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Pembinaan masjid tergendala beberapa tahun kerana kerosakan ketul-ketul marmar di tempat simpanannya yang telah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan Sultan Idris dan Raja Chulan.



Pesanan batu marmar yang baru dari Itali tergendala akibat tercetusnya Perang Dunia Pertama, sehinggalah 1917 barulah masjid yang terindah di negeri Perak itu dengan rasminya dibuka oleh Sultan Abdul Jalil Nasaruddin Shah iaitu Sultan Perak yang menggantikan Sultan Idris yang mangkat pada tahun 1916. Belanja pembinaan masjid Ubudiah ketika itu di anggarkan berjumlah RM200,000.00

(petikan sumber sejarah dari Majlis Perbandaran Kuala Kangsar)

Menarikkan sejarahnya? Amazing!


Kenapa Masjid Ubudiah terpilih untuk Majlis Resepsi?

Aku plan nak buat majlis kahwin aku dekat masjid sebab one of my relatives pernah buat majlis kahwin dekat Masjid Ubudiah Seksyen 19 Shah Alam. So far, memudahkan dengan kelengkapan masjid yang tersedia. Masuk waktu solat Zohor je orang pergi sembahyang kejap sementara nak tunggu turn dapat meja makan. Aku rasa diberkati sangat buat dekat masjid dan memudahkan orang lain nak solat alang-alang kenduri dekat dengan masjid.


Merancang nak wedding photoshoot

Cuba tengok gambar ni satu-satu dulu.

Selalu tengok dekat kalender. Kali ni tengok dengan mata kepala sendiri.


Cantikkan senibina dan pemandangan masjid ni? Aku tak berhenti-henti puji habis masjid ni. Aku rasa awesome sangat dia punya chemistry between the senibina and scenary. Perasaan yang cukup tenang memang wujud sebab kagum sangat.

Lepas korang tengok gambar ni apa kata pergi sendiri tengok. Rasa feel-nya. Agak-agak yang belum kahwin tu ada perasaan yang sama tak macam aku nak photoshoot dekat sini??? Dah boleh plan!

Rasanya dah cukuplah kot aku nak share apa yang aku rasa. Kalau tak cukup rasa, feel kurang, aku kena perbaiki mutu penulisan aku. As you know, the pen is mightier than the sword.



Berangan nak photoshoot dekat sini

Selalu tengok dekat kalendar. Kali ni tengok live.

Real

Jemput masuk

Terbayang photoshoot wedding

Water fountains








Indah


Signboard yang bagi peringatan

Sekian untuk cerita kali ini. XOXO.


Comments

Popular posts from this blog

Fungsi Penutup Lubang Kecil Pada Glade Scented Gel

glade scented gel fresh lemon Selalunyakan, kau orang kalau guna scented gel seperti di atas ni kau orang guna macam mana??? A. koyakkan barisan dibawah seperti tertera B. buka penutup di atas pek Hamizah selalunya guna cara A. Koyakkan garisan baris putus-putus tu dan angkatkan penutup ke atas. Hari ini ada terbaca di Facebook yang orang ada share cara guna Glade Scented Gel tu dengan cara paling jimat pewangi tahan lebih sebulan. Kata dia... Macam ini caranya. Dia orang buka penutup atas tu. Perasan tak dekat atas pek tu ada bulatan? Perasan! Tapi bila tengok, Hamizah sendiri pon tak pasti apa fungsi benda tu sebenarnya.  Penutup bulat yang berada atas pek.  Hamizah buka guna pisau nak tarik penutup atas tu. Penutup atas siap dibuka! Begitulah cara yang telah dikongsikan oleh kuasa viral media sosial. Kalau ikut arahan pada label, memang sekali buka semerbak baunya. Tapi itulah, cepat habis guna cara tu. Kalau buka dari atas ni, baunya seper

Kenali Perdana Menteri Malaysia

Kita sudah pon melalui musim pilihanraya umum ke-14 yang berakhir pada 9 Mei 2018. Keputusan PRU ke-14 telah pon diumumkan dan majoriti kerusi dimenangi oleh Parti Keadilan Rakyat. Buat pertama kalinya, Malaysia menyaksikan kerajaan baru yang akan memerintah negara untuk 5 tahun akan datang. Keputusan PRU14 Justeru itu, marilah kita mengenali perdana menteri Malaysia yang telah menerajui negara kita sejak dari zaman kemerdekaan lagi. 1) Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (1957 - 1970) Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Alor Star, Kedah. Ayahandanya, Sultan Abdul Hamid adalah pemerintah Negeri Kedah pada masa itu dan mempunyai beberapa isteri termasuk bonda Tunku bernama Menjalara. Bonda yang dicintai itu berketurunan Thai anak kepada Luang Novaborirak (Kleb), seorang pembesar di salah sebuah negeri Shan Utara Thailand. Tunku mendapat pendidikan awal di salah sebuah sekolah Melayu di Alor Star sebelum belajar di sekol

Produk Alrawda Ada Jual Dekat Alamanda Putrajaya

Ni nak cerita. Ahad hari tu pergi jalan-jalan Alamanda. Kebetulan masa jalan-jalan tu, ternampak ada satu sejadah ni seperti sejadah yang Maira pernah upload dekat Instagram. Datang dekat kiosk tu nampaklah yang dia menjual produk Alrawda. Sejadah yang pernah dilihat di Instagram Maira Wah, macam sama je yang Maira pernah upload dekat Instagram! Tengoklah koleksi sejadah dia kalau-kalau kau pon nak satu. Bandingkan harga kami katanya. Apa-apa hal boleh call. Hamizah pon tanyalah ada ke jual minyak wangi. Penjaga kiosk tu pon tunjuklah koleksi perfume yang ada. Hamizah tanya lagi, mana 1 yang bau seperti di Raudhah Masjid Nabawi? Dia pon calitlah salah satu botol perfume tu ke Hamizah. Terkejut rasanya! Bau perfume tu sebiji bau di Raudhah Masjid Nabawi seperti yang dikatakan Maira sebelum ini. Teringat pula Maira pernah berpesan, kalau ada orang nak buat umrah dia nak kirim perfume tu. Pernah cari dekat Arabian Oud sebelum ini kalau dia ada jual perfume tu. T