Skip to main content

Meet My MSc Friends

Assalamualaikum and peace be upon you.

Post sebelum ni aku ada ceritakan tentang Life After Graduate. So, untuk kali ini aku nak memperkenalkan kawan-kawan sekelas aku. Please say hello to them.

Family portrait of MSc Sept. 2013 in passport size

Memperkenalkan bermula dari atas dari kiri tu Ezzuandi, Siti Syazwani, Hamizah (aku), Nurul Farehah dan Luqman Fitri.

Barisan bawah pula dari kiri – Ili Nadia, Siti Sarah, Nuradila Eileen, Umi Namirah dan Fadzlin.

Cuba korang tengok kawan-kawan aku. Kasi close-up betul-betul. Kawan-kawan kelas aku ni semua muka bijak-bijakkan? Itulah impression aku masa mula-mula jumpa diorang dulu. Habislah aku! Habislah aku! Lepas ni kena rajin-rajin baca buku, buat nota, buat latihan. Dari malas boleh jadi rajin. Kalau diorang tahu aku fikir macam ni masa jumpa diorang dulu mesti gelak-gelak.

E-mel jemputan ke pertemuan pertama


Atas tu gambar keratan e-mel yang cakap suruh datang hari Sabtu, 7 September 2013 untuk sesi pengenalan. Pada hari itu aku dapat jadual waktu yang tertulis kelas hari Isnin dengan Khamis je dengan subjek apa nak kena belajar hari tu.

Pertemuan hari Sabtu tu telah menemukan aku dengan begitu ramai muka-muka bijak pandai. Takut seyh!!! Diri ni rasa Nobita sangat. Mostly diorang yang aku jumpa tu orang yang bekerja, dah berkahwin, dah beranak. Lecturer pun ada! Kebanyakan diorang yang datang tu kerja dekat TM, Sapura, TLDM and so many telecommunication company.

Masa hari Sabtu hari tu aku berkenalan dengan Ili Nadia. Kitorang tukar-tukar nombor. Dia je yang aku tanya yang jawab ambil full time course. Loner sangat masa tu sebab majority yang datang part-time. Siapa lagi yang full-time entah selain aku dengan Ili Nadia. Yang lelaki tak tahu siapa.

…….

Hari Isnin dah start kelas pertama. Belajar DSP dengan DCS. Owh, baru tahu siapa lelaki yang ambil full-time. Luqman Fitri rupanya! Masa hari Isnin hari tu ada ice-breaking masa kelas Dr. Emileen yang ajar DSP. Dalam kelas tu ada juga students semester 2.

Ili Nadia ni dulu pernah belajar dekat UiTM. After graduate, dia pernah kerja dekat Recron dengan ambil kursus dekat INSEP. Yang Luqman Fitri ni dulu belajar dekat Notthingham. Terkejut aku dengar. Notthingham weh!!! Lulusan oversea!!! Dia buat apa dekat UiTM ni??? Sekali dia cakap Notthingham Semenyih. Malaysia campus je. Lulz sangat…

Aku rasa kerdil masa introduce myself sebab semua orang macam ada profil hebat. Well, aku lulusan UTeM. Apa kurangnya? Universiti teknikal pertama di Malaysia! Always a pioneer, always ahead. Tapi kadang-kadang tu ada orang tak recognize UTeM tu apa. Ada yang ingatkan UTM dan ada yang ingat UNITEN.

…….

Hari Khamisnya pula aku berkenalan dengan dua orang kawan baru. Perempuan. Ili Nadia perkenalkan kawan baik dia dekat aku. Nuradila Eileen namanya. Modennya nama Eileen tu! Yang sorang lagi tu bukan kawan baik dia. Baru kenal. Nama dia Nurul Farehah. Dia ada dua lesung pipit kiri kanan. She got nice smile!

Nuradila Eileen

Nurul Farehah

As time goes by, kitorang dah jadi kawan baik. Rapat sangat. Rehat sama-sama. Makan menu yang sama time lunch.

19 September dah tiba hari second intake masuk. Aku ada 3 kawan baru! Ye, perempuan lagi.

Umi Namirah 

Nama awek bertudung serban ni Umi Namira. Asal Terengganu. Masa jumpa dia ni, dia seorang yang banyak cakap. Ramah. Sedikit bising mulutnya. A very calculative in life expenses. Yelah, hidup di perantauankan. Suka jalan-jalan. Dia ada banyak collection baju Save Gaza. Aku panggil dia gadis penyeru keamanan sebab dia selalu pakai baju Save Gaza yang penuh mesej keamanan. Dia pakar buat pisang goreng dengan cekodok pisang. Bila dia balik Seberang Takir, dia akan tanya siapa nak kepok? Siapa nak kepok? Order! Order!

Siti Syazwani

Senyap je dia ni mulanya. Suka belanja orang. Dalam sebulan ada benda yang dia akan belanja aku. Tapi aku found out kitorang ada minat yang sama – karaoke!!! Aku boleh masuk dengan kepala dia. Dia ni rajin masak. Makan banyak tapi tak gemuk-gemuk. E-mel dia skinny waniey apa entah. Boyfriend dia muka macam AG.

Fadzlin

Dulu aku ada dengar siapa entah cakap Kelantan dalam kelas. Unknown. Jumpa geng sekampung makin kuat perbualan mereka. Unknown. Rupa-rupanya Fadzlin! Dia ni pandai, fast learner. Dia boleh belajar sorang-sorang time nak exam.

Siti Sarah

Kak Yong kelas kitorang!!! Dia seorang pelajar, isteri, dan juga ibu. Anak dia nama Salahuddin. Kak Sarah baik, penyabar orangnya. Bila dia tension, dia akan nyanyi kalau korang perasan. Adik kesayangan Kak Sarah dekat kelas – Luqman Fitri. Jelousnya aku~


Luqman Fitri

Busu bagi kelas kitorang. ‘Adik’ kesayangan Kak Sarah. Dia ni mysterious bagi aku. Masih dalam siasatan. Lulusan Notthingham (Malaysia campus). Dia boleh tolong orang dalam JAVA sebab dia pandai JAVA. Dialah harapan seterusnya masa Farehah tak da pergi Penang jumpa tunang. Tapi aku takut nak minta tolong dia sebab aku tak pernah nampak dia bercakap. Muka dia tak pernah senyum. Serius je rupa. Default setting katanya. Takut seyh!!! Orangnya senyap, voice factor less than 1. Kadang-kadang bila dia dah mula bercakap kata-kata dia pedas bagi aku. Sentap seyh!!! Dia ni baik sebenarnya kalau korang perasan. Entah mende-mende aku takut dengan dia. Heh!


Ezzuandi


Kalau Kak Sarah Kak Yong, Ezzuandi Abang Long. Dia nampak macam kumpulan indie. Cakap loghat utara. Kedatangan dia ke kelas unpredictable. Dia kerja katanya. Siapa kahwin dengan dia untung. Rajin kerja, income masuk!!!

Ili Nadia
Last but not least, I introduce you, ini Ili Nadia. Bila time exam dia paling rajin. Description yang menarik tentang dia i've mention above. Please scroll up.

OK, dah kenal semuanyakan? Before we end, let's have some quote of a day.


"A friend is someone who knows all about you and still loves you." - Elbert Hubbard

Bye. XOXO.



Comments

Popular posts from this blog

Fungsi Penutup Lubang Kecil Pada Glade Scented Gel

glade scented gel fresh lemon Selalunyakan, kau orang kalau guna scented gel seperti di atas ni kau orang guna macam mana??? A. koyakkan barisan dibawah seperti tertera B. buka penutup di atas pek Hamizah selalunya guna cara A. Koyakkan garisan baris putus-putus tu dan angkatkan penutup ke atas. Hari ini ada terbaca di Facebook yang orang ada share cara guna Glade Scented Gel tu dengan cara paling jimat pewangi tahan lebih sebulan. Kata dia... Macam ini caranya. Dia orang buka penutup atas tu. Perasan tak dekat atas pek tu ada bulatan? Perasan! Tapi bila tengok, Hamizah sendiri pon tak pasti apa fungsi benda tu sebenarnya.  Penutup bulat yang berada atas pek.  Hamizah buka guna pisau nak tarik penutup atas tu. Penutup atas siap dibuka! Begitulah cara yang telah dikongsikan oleh kuasa viral media sosial. Kalau ikut arahan pada label, memang sekali buka semerbak baunya. Tapi itulah, cepat habis guna cara tu. Kalau buka dari atas ni, baunya seper

Kenali Perdana Menteri Malaysia

Kita sudah pon melalui musim pilihanraya umum ke-14 yang berakhir pada 9 Mei 2018. Keputusan PRU ke-14 telah pon diumumkan dan majoriti kerusi dimenangi oleh Parti Keadilan Rakyat. Buat pertama kalinya, Malaysia menyaksikan kerajaan baru yang akan memerintah negara untuk 5 tahun akan datang. Keputusan PRU14 Justeru itu, marilah kita mengenali perdana menteri Malaysia yang telah menerajui negara kita sejak dari zaman kemerdekaan lagi. 1) Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (1957 - 1970) Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Alor Star, Kedah. Ayahandanya, Sultan Abdul Hamid adalah pemerintah Negeri Kedah pada masa itu dan mempunyai beberapa isteri termasuk bonda Tunku bernama Menjalara. Bonda yang dicintai itu berketurunan Thai anak kepada Luang Novaborirak (Kleb), seorang pembesar di salah sebuah negeri Shan Utara Thailand. Tunku mendapat pendidikan awal di salah sebuah sekolah Melayu di Alor Star sebelum belajar di sekol

Produk Alrawda Ada Jual Dekat Alamanda Putrajaya

Ni nak cerita. Ahad hari tu pergi jalan-jalan Alamanda. Kebetulan masa jalan-jalan tu, ternampak ada satu sejadah ni seperti sejadah yang Maira pernah upload dekat Instagram. Datang dekat kiosk tu nampaklah yang dia menjual produk Alrawda. Sejadah yang pernah dilihat di Instagram Maira Wah, macam sama je yang Maira pernah upload dekat Instagram! Tengoklah koleksi sejadah dia kalau-kalau kau pon nak satu. Bandingkan harga kami katanya. Apa-apa hal boleh call. Hamizah pon tanyalah ada ke jual minyak wangi. Penjaga kiosk tu pon tunjuklah koleksi perfume yang ada. Hamizah tanya lagi, mana 1 yang bau seperti di Raudhah Masjid Nabawi? Dia pon calitlah salah satu botol perfume tu ke Hamizah. Terkejut rasanya! Bau perfume tu sebiji bau di Raudhah Masjid Nabawi seperti yang dikatakan Maira sebelum ini. Teringat pula Maira pernah berpesan, kalau ada orang nak buat umrah dia nak kirim perfume tu. Pernah cari dekat Arabian Oud sebelum ini kalau dia ada jual perfume tu. T