Skip to main content

Life After Graduate

Assalamualaikum and peace be upon you.

OK, seperti yang dijanjikan in previous post aku akan cerita dekat korang pasal life aku di UiTM. Life di UiTM? Kerjakah? Belajarkah? Apakah??? Haa~



OK. OK. Ceritanya begini. Pada tanggal 9 September 2013, aku telah memulakan pengajian aku di UiTM Shah Alam after finish my degree in Bachelor of Electronics Engineering (Telecommunications) at UTeM. Syukur, kedudukan baik anugerah! Tak dekan, tak first class tapi kira lepaslah segala azab empat tahun belajar engineering ni.


Kau belajar apa dekat sana?

Aku ambil course Master of Science in Telecommunications and Information Engineering. EE700.


Kenapa kau tak kerja Hamizah?

Aku memilih untuk tidak menjawab soalan ini sebab aku tak suka orang mempertikai tindakan yang aku telah buat. Lagi pun, aku memang dah plan nak sambung master sebelum graduate lagi lepas mengenangkan peluang pekerjaan yang luas lepas graduate master nanti.

Melihatkan kepada perkembangan sosiologi kehidupan di Malaysia, dengan era pemerintahan Najib Razak and mentally influence of Anwar Ibrahim, aku rasa kalau setakat hidup bergantung kepada scroll degree berapa banyak gaji yang boleh dapat? Gaji RM3000 pun dah kira layak apply BR1M. Ada ke starting gaji fresh grad RM3000 ke atas?

Ya. Aku tahu hakikatnya dunia masa student jauh bezanya dengan dunia pekerjaan. Maybe, 40% yang kita belajar tu akan digunapakai dalam pekerjaan. The remaining 60% comes from previous working experience. Samalah juga kenapa course kita peruntukkan ratio 60:40 dalam struktur pengajian.


Bila masa aku mohon untuk sambung master?

Aku mula decide nak sambung master ni lepas aku dengar cakap siapa entah. Dia punya influence buat aku fikir banyak kali tentang next step aku lepas finish my degree. Perkara ni telah aku bincang dengan parents. Alhamdullillah, kalau tindakan kita baik, elok tujuannya, semuanya dipermudahkan. My parents fully support my planning to pursue for master. Mestilah support kalau bab menuntut ilmu ni. Syukur diberi peluang sambung belajar ke peringkat tertinggi!


Kenapa UiTM? Why not UTeM?

1 - UiTM lagi dekat dengan rumah! Tak payah bayar sewa rumah. Aku sekarang dah jadi tuan rumah. Kalau aku dekat UTeM kena bayar sewa rumah, prepare duit jalan-jalan tempat menarik sekitar Melaka, berjauhan dengan keluarga di Perak lagi. 

Hai UiTM!

Bye UTeM...


Wait! Apa kaitan Shah Alam dan tiba-tiba Perak ni? Asalnya aku ni di Shah Alam. Memandangkan parents aku dah pencen, jadi mereka pun pulang ke hometown mereka di Kuala Kangsar, Perak. Aku tinggal di Shah Alam rumah peninggalan mereka. Kalau nak balik ke Perak dari Shah Alam pun ambil masa 3 jam. Kalau aku dari Melaka? Mahu 5 jam! Kalau naik kereta 2500 cc gagahlah aku nak pecut. Naik kereta mini-cooper Malaysia 1000 cc? Lambatlah sampai!

2 – Atas saranan Aishah Illani. She’s my icon in study. 

3 – Angin baru. Apa angin kau Hamizah? Mood baru. Takkanlah aku nak selamanya belajar di UTeM. Nak juga merasa belajar di UiTM. Nanti dalam resume aku nampaklah aku pernah belajar di dua IPTA terkemuka tempatan. UTeM dan UiTM. Lagipun aku dah tahu sistem pendidikan di UTeM macam mana. So, beralihlah aku ke UiTM.

4 – Aku mohon UiTM je. Sekian.


Bagaimana pembelajaran di sana?

UiTM menawarkan bidang pengajian Master of Science in coursework. Ada 3 semester. Setahun setengah kau dah boleh grad. Kalau dekat UTeM, Master of Science ni untuk pelajar mereka yang buat research. Kalau dekat UTeM, kalau korang ambil coursework, maka korang mengaji bidang Master of Engineering in ___fill in blanks___. Ambil masa setahun je nak habis.


For the time being, aku merasakan fun belajar di UiTM ni. Biasalah mula-mula dapat kawan baru, lecturer baru, surrounding baru, tak de isu baru. 


Kemudahan belajar di UiTM bagi postgraduate FKE

1- Subsidi 2 set kertas 80 gsm diberikan PERCUMA!!! Kalau kau student postgraduate, each sem dia akan bagi 2 bundle kertas 80 gsm. Kau gunalah untuk print nota ke, print journal ke, print muka crush kau banyak-banyak tampal 1 rumah pun boleh!!! At least guna untuk tujuan yang betul.

2- Mula-mula belajar sini dulu susah gila nak parking! Tak ikut kehendak parking yang betul, saman hadiah anda. Gila tak gila, 10x round tak jumpa-jumpa parking kosong. Ada sekali tu nasib aku parking dekat asrama lelaki dekat Pejabat Polis Bantuan tu. Jauhnya nak pergi fakulti. Itu jam memang itu satu-satunya parking yang aku dapat. Dulu dekat UTeM parking ikut suka, tempat lecturer parking pun student ambil.

Aku ceritalah masalah aku dekat Kak Sarah. Dia cakap, untuk student postgraduate boleh parking kereta dekat dalam fakulti guna kad matrik. Syaratnya kau kena mohon dekat pondok guard yang lama tu yang bumbung segitiga yang besar tu katanya. 

Lepas kau pergi sana, kau daftarla nombor kereta kau dengan student ID. Kejap je buatnya. Tengahari kau daftar, petang masa kau nak balik tu dah boleh swipe kad tu dekat palang. Itu adalah antara aplikasi touch'n'go dekat UiTM. No top-up needed.

So lepas ni nak keluar masuk datang kelas isnin dengan khamis swipe card je lah ye. OK.

Oh ya! Operating hours guard house tigasegi tu hari Isnin dengan Khamis je dia buka. Dari pukul 12pm to 3pm. Zaman aku lah. Tapi tak tahulah ada timing baru sekarang ni. Apa-apa hal tanya pak cik guard yang berdedikasi dekat pintu masuk tu.

3- Library di setiap tower. OK-lahkan. Library dah dekat rajin-rajinlah berkunjung. Tapi bila library dah dekat tak kerap mana pun aku pergi macam dekat UTeM dulu. 

Haa~ Ini ada 1 yang UTeM memang win. Library UTeM punya service lagi better than UiTM. Abang/Kakak library dia rajin. Siap boleh tolong carikan buku kalau kita tak jumpa. Tak makan gaji buta macam dekat UiTM. Aku benci betul abang library dekat PTAR4 dekat FKM tu. Tak mesra pelanggan. Loyar buruk pula tu. Nasib baik tak handsome. 


Rasanya ini jelah kot yang aku ingin sampaikan. Lepas ni aku nak introduce kawan-kawan MSc aku pula. Let's have some brainy quote before we end.


"To acquire knowledge, one must study; but to acquire wisdom, one must observe." - Marilyn Vos Savant


Comments

  1. Salam... Hi! I had my reg last weekend in the same course with u!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Fungsi Penutup Lubang Kecil Pada Glade Scented Gel

glade scented gel fresh lemon Selalunyakan, kau orang kalau guna scented gel seperti di atas ni kau orang guna macam mana??? A. koyakkan barisan dibawah seperti tertera B. buka penutup di atas pek Hamizah selalunya guna cara A. Koyakkan garisan baris putus-putus tu dan angkatkan penutup ke atas. Hari ini ada terbaca di Facebook yang orang ada share cara guna Glade Scented Gel tu dengan cara paling jimat pewangi tahan lebih sebulan. Kata dia... Macam ini caranya. Dia orang buka penutup atas tu. Perasan tak dekat atas pek tu ada bulatan? Perasan! Tapi bila tengok, Hamizah sendiri pon tak pasti apa fungsi benda tu sebenarnya.  Penutup bulat yang berada atas pek.  Hamizah buka guna pisau nak tarik penutup atas tu. Penutup atas siap dibuka! Begitulah cara yang telah dikongsikan oleh kuasa viral media sosial. Kalau ikut arahan pada label, memang sekali buka semerbak baunya. Tapi itulah, cepat habis guna cara tu. Kalau buka dari atas ni, baunya seper

Kenali Perdana Menteri Malaysia

Kita sudah pon melalui musim pilihanraya umum ke-14 yang berakhir pada 9 Mei 2018. Keputusan PRU ke-14 telah pon diumumkan dan majoriti kerusi dimenangi oleh Parti Keadilan Rakyat. Buat pertama kalinya, Malaysia menyaksikan kerajaan baru yang akan memerintah negara untuk 5 tahun akan datang. Keputusan PRU14 Justeru itu, marilah kita mengenali perdana menteri Malaysia yang telah menerajui negara kita sejak dari zaman kemerdekaan lagi. 1) Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (1957 - 1970) Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Alor Star, Kedah. Ayahandanya, Sultan Abdul Hamid adalah pemerintah Negeri Kedah pada masa itu dan mempunyai beberapa isteri termasuk bonda Tunku bernama Menjalara. Bonda yang dicintai itu berketurunan Thai anak kepada Luang Novaborirak (Kleb), seorang pembesar di salah sebuah negeri Shan Utara Thailand. Tunku mendapat pendidikan awal di salah sebuah sekolah Melayu di Alor Star sebelum belajar di sekol

Produk Alrawda Ada Jual Dekat Alamanda Putrajaya

Ni nak cerita. Ahad hari tu pergi jalan-jalan Alamanda. Kebetulan masa jalan-jalan tu, ternampak ada satu sejadah ni seperti sejadah yang Maira pernah upload dekat Instagram. Datang dekat kiosk tu nampaklah yang dia menjual produk Alrawda. Sejadah yang pernah dilihat di Instagram Maira Wah, macam sama je yang Maira pernah upload dekat Instagram! Tengoklah koleksi sejadah dia kalau-kalau kau pon nak satu. Bandingkan harga kami katanya. Apa-apa hal boleh call. Hamizah pon tanyalah ada ke jual minyak wangi. Penjaga kiosk tu pon tunjuklah koleksi perfume yang ada. Hamizah tanya lagi, mana 1 yang bau seperti di Raudhah Masjid Nabawi? Dia pon calitlah salah satu botol perfume tu ke Hamizah. Terkejut rasanya! Bau perfume tu sebiji bau di Raudhah Masjid Nabawi seperti yang dikatakan Maira sebelum ini. Teringat pula Maira pernah berpesan, kalau ada orang nak buat umrah dia nak kirim perfume tu. Pernah cari dekat Arabian Oud sebelum ini kalau dia ada jual perfume tu. T