Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2021

Mencuba masakan dari negara Cambodia: Tilapia Garing Berkuah Limau

Assalamualaikum semua. Hari ini saya nak kongsikan resepi yang telah saya cuba menerusi perkongsian daripada tontonan YouTube. Resepi ini boleh ditonton melalui link ini: https://youtu.be/Wv3t2hPdsh8. Resepi ini dikongsikan oleh Kimyee Ros Cooking pada tahun 2017 dan telah mendapat views sebanyak 2.1 juta. Beliau merupakan orang berbangsa Khmer dari Cambodia. Bahan-bahannya sangat mudah didapati dan mudah dimasak. Berikut merupakan bahan-bahannya: 1 ekor ikan tilapia 3 biji limau nipis 3 sudu besar gula 3 biji cili padi merah (potong halus) 5 biji cili padi hijau (potong halus) 5 sudu besar sos ikan 7 ulas bawang putih (cincang halus) 2 tangkai daun ketumbar (potong halus) Garam untuk dilumurkan ke ikan tilapia Cara-caranya: Pastikan ikan telah dicuci bersih dengan limau nipis. Petua untuk menghilangkan hanyir ikan menggunakan limau nipis. Lumurkan ikan tadi dengan garam secukupnya dan perap seketika sementara tunggu minyak untuk menggoreng dipanaskan. Goreng ikan sehingga garing. Sete