Skip to main content

3rd day of CIPE

"Tahu tak apa tu CIPE?" "Apa kelebihan attend kursus CIPE?" "Siapa yang kena ambil kursus CIPE?". 

Soalan2 di atas selalu ditanya masa aku nak daftar kursus CIPE. Aku ni main daftar je bila tengok kawan2 lain heboh nak mendaftar. Lagi nak sibuk bila dapat tahu kursus ni berharga RM4K di pasaran. Siapa tak nak hidupnya disponsorkan???

Ok, hari ni rabu hari ke3 aku attend CIPE. So, far 1st and 2nd day senang lagi tak berapa nak mencabar. Dan hari ini pada hari ke3 kitorang belajar macam mana nak membuat konfigurasi terhadap static route. Ini penting ye dalam CIPE! 

Oh ye! Lupa nak terangkan apa itu CIPE. CIPE stands for Certified IP Engineer. Sebagai student dan bakal Telecom Engineer, mengambil kursus ini dapat meningkatkan kemahiran IP yang berhubung ke carrier class networks.

Dalam CIPE ni yang penting kena mahir dalam teori dan praktikal tentang VLAN configuration dengan routing. Routing ada banyak - static, RIP, OSPF dan BGP. 

Dengan mengambil kursus CIPE, ia membolehkan bakal IP engineer untuk:
  • memahami aliran IP dari hujung-ke-hujung
  • menyediakan jurutera dengan kemahiran analisis untuk troubleshoot rangkaian
  • memupuk kemahiran untuk menilai vendor dan pelan rangkaian  
Untuk kursus CIPE ni pun sekali lagi Orbitage yang bagi tunjuk ajar. Ni aku bagi link kalau nak tahu lebih lanjut pasal CIPE. http://www.orbitage.com/images/CourseOutlines/cipe%20outline.pdf



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Fungsi Penutup Lubang Kecil Pada Glade Scented Gel

glade scented gel fresh lemon Selalunyakan, kau orang kalau guna scented gel seperti di atas ni kau orang guna macam mana??? A. koyakkan barisan dibawah seperti tertera B. buka penutup di atas pek Hamizah selalunya guna cara A. Koyakkan garisan baris putus-putus tu dan angkatkan penutup ke atas. Hari ini ada terbaca di Facebook yang orang ada share cara guna Glade Scented Gel tu dengan cara paling jimat pewangi tahan lebih sebulan. Kata dia... Macam ini caranya. Dia orang buka penutup atas tu. Perasan tak dekat atas pek tu ada bulatan? Perasan! Tapi bila tengok, Hamizah sendiri pon tak pasti apa fungsi benda tu sebenarnya.  Penutup bulat yang berada atas pek.  Hamizah buka guna pisau nak tarik penutup atas tu. Penutup atas siap dibuka! Begitulah cara yang telah dikongsikan oleh kuasa viral media sosial. Kalau ikut arahan pada label, memang sekali buka semerbak baunya. Tapi itulah, cepat habis guna cara tu. Kalau buka dari atas ni, bau...

Produk Alrawda Ada Jual Dekat Alamanda Putrajaya

Ni nak cerita. Ahad hari tu pergi jalan-jalan Alamanda. Kebetulan masa jalan-jalan tu, ternampak ada satu sejadah ni seperti sejadah yang Maira pernah upload dekat Instagram. Datang dekat kiosk tu nampaklah yang dia menjual produk Alrawda. Sejadah yang pernah dilihat di Instagram Maira Wah, macam sama je yang Maira pernah upload dekat Instagram! Tengoklah koleksi sejadah dia kalau-kalau kau pon nak satu. Bandingkan harga kami katanya. Apa-apa hal boleh call. Hamizah pon tanyalah ada ke jual minyak wangi. Penjaga kiosk tu pon tunjuklah koleksi perfume yang ada. Hamizah tanya lagi, mana 1 yang bau seperti di Raudhah Masjid Nabawi? Dia pon calitlah salah satu botol perfume tu ke Hamizah. Terkejut rasanya! Bau perfume tu sebiji bau di Raudhah Masjid Nabawi seperti yang dikatakan Maira sebelum ini. Teringat pula Maira pernah berpesan, kalau ada orang nak buat umrah dia nak kirim perfume tu. Pernah cari dekat Arabian Oud sebelum ini kalau dia ada jual perfume tu. T...

Aplikasi Belajar Main Piano Terbaik 2020

Hai semua! Apa khabar? Semoga semuanya sihat dan berbahagia.  Pos kali ini, saya ingin berkongsi aplikasi bermanfaat bagi mereka yang ingin belajar bermain piano.  Saya akan bagi review tiga aplikasi sahaja, iaitu, Simply Piano, Flowkey & Skoove. Kita mulakan review mengenai Simply Piano terlebih dahulu. Logo Simply Piano yang terdapat di telefon pintar Simply Piano adalah aplikasi belajar bermain piano yang dibangunkan oleh JoyTunes. Aplikasi ini sangat popular dan telah banyak memenangi anugerah seperti Apple's Editor's Choice Award dan Best App daripada Google Play. Mana tidaknya, aplikasi mereka banyak digunakan oleh beribu pengajar piano di serata dunia dan telah mengajar banyak lagu di aplikasi mereka setiap minggu. Matlamat Simply Piano adalah untuk membina aplikasi pendidikan yang menghiburkan untuk belajar bermain piano dengan pantas dan mudah. Simply Piano mengajar menggunakan video interaktif, mengukur kemajuan pelajaran berbentuk format permainan sama seperti a...